
Ahli politik Malaysia paling ‘HOT’ 2021
Kacak, cantik dan bergaya! Hari ini kami akan senaraikan 8 ahli politik paling 'HOT' di Malaysia tahun 2021. Jom cuci mata! Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan ahli Parlimen Muar dan merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Selepas digugurkan keahlian sebagai ahli BERSATU, Syed Saddiq telah menubuhkan sebuah parti untuk golongan muda iaitu Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada 17 September 2020. Syed Saddiq dikenali sebagai pendebat yang baik dan beliau merupakan juara Debat Asia dan pemegang Rekod Dunia dalam sejarah Kejohanan Debat Universiti Dunia. Kini, beliau bergiat cergas dalam menyuarakan pendapat rakyat terutama sekali…