
PAS SOKONG TALIBAN DI AFGHANISTAN
Pada 18 Ogos 2021 semalam, Harakah Daily yang merupakan portal media dan berita atas talian rasmi bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyokong kepimpinan Taliban yang mencapai kemenangan di Afghanistan. YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada rakyat Afghanistan yang kini berada di bawah naungan Taliban. YB Ustaz Muhammad Khalil yang juga merupakan anak kepada Yang Berhormat Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang menyifatkan kepimpinan Taliban telah memerdekakan Afghanistan daripada penajajahan. Penjajahan tersebut dilakukan oleh pasukan tentera Amerika Syarikat yang dulu menyerang Afghanistan berikutan Serangan 9/11…