We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

vaksin

KJ menasihat warga emas ambil suntikan vaksin sebelum menjelang Ramadhan

KJ menasihat warga emas ambil suntikan vaksin sebelum menjelang Ramadhan

Warga emas dinasihatkan untuk melakukan vaksinasi Covid-19 dan suntikan penggalak untuk perlindungan diri yang lebih baik, terutama menjelang Ramadan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Dalam tweetnya, KJ berkata pengambilan vaksin itu penting kerana, pada bulan puasa, ramai warga emas dijangka menunaikan solat Tarawih di masjid. Lihat video dibawah untuk makluman lanjut. https://twitter.com/khairykj/status/1504367381602529285?s=21 Tambahan dari beliau, mesej ini juga sangat penting menjelang Ramadan. Katanya ibu bapa tidak ke mana-mana sekarang. Tetapi apabila tiba Ramadan, mereka akan pergi solat Tarawih secara beramai-ramai. Sebaiknya tambah perlindungan mereka dengan booster. “Kita berusaha dan selebihnya kita serahkan kepada Allah,” tambahnya. "Kapasiti hospital atau unit rawatan…
Read More
Wujudkan mahkamah vaksinasi, dan kenal pasti punca kematian – Dr Musa

Wujudkan mahkamah vaksinasi, dan kenal pasti punca kematian – Dr Musa

Datuk Dr Musa Mohd Nordin mencadangkan supaya mahkamah vaksin ditubuhkan untuk menentukan punca kematian individu yang telah menerima vaksin COVID-19. Pakar perunding pediatrik dan pakar neonatologi itu membuat syor itu berikutan keberkesanan mahkamah vaksin yang ditubuhkan di negara seperti Amerika Syarikat dan Singapura. Jelasnya, ketika ini siasatan lanjut berhubung kematian individu yang telah divaksin diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Saya telah lama mencadangkan supaya KKM menerima pakai cara yang digunakan di Amerika Syarikat atau Singapura, di mana mahkamah vaksinasi wujud." Dr Musa membuat kenyataan ini semasa beliau hadir sebagai salah seorang ahli panel forum awam pada ahad yang…
Read More
Sijil bertukar warna putih sekiranya tidak lengkap booster bagi penerima vaksin Sinovac , Mac ini.

Sijil bertukar warna putih sekiranya tidak lengkap booster bagi penerima vaksin Sinovac , Mac ini.

Mana-mana individu yang menerima dos lengkap vaksin Sinovac, berumur 18 tahun keatas perlu mengambil suntikan dos penggalak selewat-lewatnya dalam bulan ini ,bagi mengekalkan status lengkap vaksinasi mereka. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya gagal berbuat demikian, status vaksin di aplikasi MySejahtera akan berubah dari kuning kepada putih sekiranya bermula 1 Mac 2022. vaksin booster “Perlu mengambil suntikan dos penggalak, kalau tidak sijil vaksinasi kuning akan jadi putih, anda akan dianggap tidak divaksinasi penuh lagi dan sekatan di pintu masuk di premis tertentu” Sebanyak 3.5 juta penerima vaksin Sinovac masih belum menerima dos penggalak. Malah, beliau juga menggalakkan mana-mana jenis vaksin…
Read More
Tweet DG Hisham di twitter buat ramai lega .

Tweet DG Hisham di twitter buat ramai lega .

Sejak dari minggu lalu, kes harian jangkitan Covid-19 mula naik secara mendadak sehingga mencecah lebih dari 10 ribu kes pada Ahad. Perkara ini menyebabkan ramai terkejut selepas melihat angka yang tertera malah ada yang risau kalau tiba - tiba Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ) dikenakan sekali lagi . Namun begitu, pada hari yang sama, Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu DG Hisham turut kongsikan pecahan data Covid-19 mengikut kategori menerusi akaun Twitter miliknya @DGHisham selepas kes harian dikeluarkan. https://twitter.com/DGHisham/status/1490230277897351173?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1490230277897351173%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fkes-harian-naik-hingga-lebih-10k-tapi-ramai-lega-lepas-tengok-tweet-dg-hisham%2F Twitter Malah, DG Hisham menambah lagi di bahagian thread tweet yang sama dengan menyatakan jumlah untuk jangkitan Covid-19 bagi Kategori 4 dan 5 adalah sebanyak 25 kes…
Read More
Status MySejahtera Pelanggan Klinik Sijil Vaksinasi Palsu Di Marang Telah Disekat

Status MySejahtera Pelanggan Klinik Sijil Vaksinasi Palsu Di Marang Telah Disekat

Kementerain Kesihatan Malaysi (KKM) telah menyekat status MySejahtera milik pelanggan yang pernag berurusan dengan sebuah klinik swasta di Marang. Klinik berkenaan telah disyaki menjual sijil vaksinasi yang palsu. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa memaklumkan bahawa sekatan itu dibuat selepas semakan ke atas 1,900 dokumen di klinik berkenaan. 1,223 dokumen dari jumlah itu telah dihantar kepada pihak vendor untuk dikemas kini status MySejahtera individu yang terlibat. Tambah beliau, hasil siasatan mendapati bahawa 1,223 individu yang mendapat perkhidmat di klinik berkenaan tidak pernah menerima suntikan vaksin sebenarnya. Buat masa ini, seramai 23 pelanggan klinik swasta berkenaan telah mengaku tidak mengambil…
Read More
30 Orang Pembeli Sijil Vaksin Palsu Di Klinik Johor Diminta Serah Diri

30 Orang Pembeli Sijil Vaksin Palsu Di Klinik Johor Diminta Serah Diri

Polis menyerbu sebuah klinik swasta di bandaraya ini yang dikesan menjual sijil digital vaksin Covid-19 palsu tanpa suntikan. Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata dalam serbuan itu seramai lapan individu terdiri daripada tiga kakitangan klinik berkenaan dan lima pembeli sijil digital vaksin Covid-19 ditahan. Berdasarkan data ditemui polis turut meminta semua 30 pembeli sijil palsu itu dari klinik berkenaan untuk menyerah diri sebelum operasi mencari dan penangkapan dilakukan oleh pihak mereka. Semua suspek ditahan berusia lingkungan 24 hingga 42 tahun dan turut dirampas lapan unit telefon bimbit yang mengandungi imej sijil digital dan komunikasi perbualan antara kakitangan klinik serta…
Read More
Ellie Suriaty akhirnya suntik vaksin atas sebab KJ ambil, pada Oktober lalu?

Ellie Suriaty akhirnya suntik vaksin atas sebab KJ ambil, pada Oktober lalu?

Sebelum ini pelakon Ellie Suriaty Omar terpalit dengan kontroversi apabila anaknya Azrell Omar Azri Iskandar dan Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar ada membuat laporan polis kerana mahu menolak suntikan vaksin. Laporan itu dibuat sambil ditemani oleh pelakon tersebut di Balai Polis Melawati pada Ogos lalu. Hak individu untuk menolak vaksin - Ellie Suriaty Pendirian dua beradik ini disokong oleh Ellie sendiri apabila Kosmo! melaporkan bahawa Ellie menyatakan itu adalah hak individu bagi menolak vaksin eksperimen COVID-19 ke atas pelajar yang berumur antara 12 - 17 tahun. Ellie pada masa itu juga ada menegaskan bahawa di bukanlah menolak atau anti…
Read More
Vaksin Medicago terbukti berkesan melawan Covid- 19.

Vaksin Medicago terbukti berkesan melawan Covid- 19.

Sejak dilanda pandemik wabak Covid- 19, pelbagai cara dan juga usaha yang telah dilakukan oleh frontliners serta pihak - pihak yang berkaitan. Hasil dari usaha yang tidak putus - putus, kini hampir kesemua penduduk di negara yang dilanda Covid-19 telah pun berjaya mendapatkan suntikan vaksinasi bagi mencegah penularan wabak tersebut di negara - negara yang berisiko tinggi. New York Post, sebuah syarikat farmaseutikal di Kanada telah berjaya menghasilkan vaksin Covid- 19 yang berasaskan tumbuhan dengan kadar keberkesanan hampir 75%. Medicago Vaksin ini diberi nama Medicago ini, juga dikatakan mampu untuk mengekang penularannya wabak Covid- 19 dengan kehadiran varian- varian baru…
Read More
Penangan vaksin AZ… akhirnya nenek boleh ‘berjalan’ ke mana sahaja

Penangan vaksin AZ… akhirnya nenek boleh ‘berjalan’ ke mana sahaja

Baru - baru ini, ada berita menarik dari Thailand yang membuatkan ramai orang terkejut dan seperti tidak percaya. Mana tidaknya, seorang wanita warga emas telah diberikan peluang kedua selepas dia tiba - tiba sahaja boleh berjalan semula. Menurut media Thai Channel 8 News, wanita warga emas yang menghidapi kencing manis, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain ini telah terlantar di atas selama tiga tahun dan tak boleh bangun. Malah pada 24 November lalu, sekumpulan pasukan perubatan telah membantu wanita ini bagi mengambil dos pertama vaksin AstraZeneca. Tanpa disangka - sangka, rasa sakit dan lemah di sendi kakinya selama tiga tahun…
Read More
“Dia hargai saya sebagai anak seni dan pengkarya” Ellie Suriaty hargai jasa Allahyarham Mamat Khalid

“Dia hargai saya sebagai anak seni dan pengkarya” Ellie Suriaty hargai jasa Allahyarham Mamat Khalid

Ellie Suriaty terhutang budi dengan Allahyarham Mamat Khalid kerana beliau yang memberi peluang kepada Ellie untuk kembali dalam bidang lakonan setelah hampir 2 tahun tidak mendapat ‘job’. Beliau berkata, allahyarham menjadikan bakat yang dimiliki olehnya sebagai sebab utama sebelum beliau diberikan tawaran lakonan oleh arwah Mamat Khalid. Ellie berkata, dia tidak mendapat tawaran berlakon sebelum ini kerana dipulaukan gara-gara aktif terlibat dalam bidang politik. “Ketika zaman Pakatan Harapan memerintah saya adalah pembangkang tegar. Saya dipulaukan kerana lantang membidas dasar kerajaan….pada ketika itu la. “ kata Ellie. Sumber : Google “Tapi Mamat Khalid merupakan pengarah pertama yang berani ambil saya tanpa…
Read More
ms Malay
X