
Agensi Bolot Untung Monopoli Harga Tiket
Kuala Lumpur - Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham mengesan bahawa kes kenaikan harga umrah disebabkan agensi pelancongan monopoli harga tiket penerbangan. Kegiatan ini bukanlah perkara baharu dalam industri. Mendedahkan perkara itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata bahawa berdasarkan harga semasa, tiket penerbangan umrah hanya sekitar RM2,700 hingga RM2,800 tetapi dijual semula oleh agensi terbabit sekitar RM4,800 hingga RM5,000. Agensi terbabit kononnya bertindak sebagai perantaraan antara pihak syarikat penerbangan dengan pihak agensi pelancongan lain dalam penjualan tiket penerbangan umrah. Akan tetapi, penetapan…