We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

UMNO

PRN Johor: PAS Johor Nafi Tolak Tawaran Kerusi UMNO

PRN Johor: PAS Johor Nafi Tolak Tawaran Kerusi UMNO

PAS menafikan dakwaan bahawa parti itu menolak tawaran kerusi dari UMNO kerana lebih tertarik dengan tawaran dari Bersatu. Parti Bersatu yang dikatakan menawarkan lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya akan datang nanti. Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin memaklumkan bahawa tiada rundingan dan perbincangan dibuat dengan UMNO Johor setakat ini. Rundingan itu berhubung pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang. “Sebagai rakan dalam Muafakat Nasional (MN), PAS Johor sentiasa berlapang dada dan terbuka untuk terus komited dengan usaha memperkukuh permuafakatan ini. Beliau juga berharap apa juga isu berbangkit dapat berbincangkan…
Read More
PM LAWAT PRESIDEN UMNO

PM LAWAT PRESIDEN UMNO

Pada 24 Ogos 2021 semalam, Perdana Menteri Ke-9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melawat Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sebuah hospital swasta. Menurut makluman, Datuk Zahid Hamidi yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk sedang menjalani prosedur membabitkan kecederaan tulang belakang. Kecedaran tulang belakang itu berlaku akibat Datuk Zahid Hamidi terjatuh dan berasa sakit apabila duduk terlalu lama. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkongsi kisah berkenaan lawatan itu di laman Facebooknya. Datuk Abdul Rahman Dahlan turut memuat naik kapsyen di posting Facebooknya mendoakan supaya Presiden UMNO itu sembuh dan kembali sihat dengan…
Read More
#KerajaanDerhaka: AGONG ZAHIR DUKACITA ORDINAN DARURAT DIBATAL TANPA PERKENAN

#KerajaanDerhaka: AGONG ZAHIR DUKACITA ORDINAN DARURAT DIBATAL TANPA PERKENAN

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita hari ini berikutan dengan pembatalan Ordinan Darurat yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Istana Negara turut mengesahkan bahawa pembatalan semua Ordinan Darurat oleh kerajaan masih belum mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. Seri Paduka Baginda juga telah menegaskan bahawa dalam pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen bertunjangkan prinsip keluhuran Perlembagaan, semua pihak perlu mematuhi kedaulatan undang-undang. Perkara 150(2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak…
Read More
JANGAN GESA KERAJAAN UNTUK PERCEPAT KELULUSAN IVERMECTIN

JANGAN GESA KERAJAAN UNTUK PERCEPAT KELULUSAN IVERMECTIN

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menyifatkan sikap beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) sebagai tidak rasional apabila sebahagian daripada mereka menggesa Mentari Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba supaya mengenepikan prosedur Badan Regulatori Farmasi Kebangsaan (NPRA) bagi mempercepat kelulusan penggunaan ubat Ivermectin dalam merawat Covid-19. Jelas beliau, pematuhan prosedur berdasarkan sains dan data perlu dititikberatkan demi menjaga kebajikan pengguna Ivermectin untuk mengelakkan implikasi yang memudaratkan dalam jangka masa panjang. “Mereka sanggup mendesak Menteri Kesihatan menggunakan ‘kuasa eksekutif’ untuk mengetepikan prosedur perubatan yang dibina bagi memelihara keselamatan rakyat. “Dalam erti kata lain, mereka juga seolah-olah menolak sistem dan prosedur kelulusan,…
Read More
UMNO BERI KERAJAAN MASA 14 HARI UNTUK PANGGIL PARLIMEN BERSIDANG

UMNO BERI KERAJAAN MASA 14 HARI UNTUK PANGGIL PARLIMEN BERSIDANG

Kuala Lumpur: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kegagalan kerajaan melaksanakan titah dianggap satu bentuk penderhakaan kerana tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah. UMNO berpendirian tegas mendesak kerajaan supaya menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah dan memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari. "Tidak perlulah berdolak-dalik lagi istilah 'secepat mungkin' dan 'segera' yang digunakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini." Ahmad Zahid berkata, sebagai parti yang diasaskan dengan tujuan memelihara dan membela institusi Raja-Raja Melayu, UMNO menyokong penuh kedua-dua kenyataan Raja-Raja dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Kedua-dua kenyataan itu menzahirkan pendirian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja…
Read More
MENTERI DARI UMNO TERUS KEKAL -PM

MENTERI DARI UMNO TERUS KEKAL -PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua menteri dari UMNO akan terus kekal berada dalam Kabinet hasil kesepakatan yang dicapai. Beliau berkata dengan kesepakatan itu, Kabinet akan berfungsi seperti biasa dan segala inisiatif kerajaan akan terus dilaksanakan seperti yang dirancang. "Saya menasihati mereka supaya terus kekal berada di dalam kabinet. Ini mengambil kira kepentingan rakyat dan negara. "Alhamdulillah, atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan dicapai bahawa semua Menteri UMNO akan terus kekal berada di dalam Kabinet," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ada desas-desus yang mengatakan impak PAU 2020 yang tamat minggu lalu, menjadi isu hangat di dalam kem Bersatu menuju…
Read More
PAU HANYA MEMBAHASKAN KUASA – SUHAIMI YAHAYA

PAU HANYA MEMBAHASKAN KUASA – SUHAIMI YAHAYA

Berang dengan Persidangan Agung UMNO (PAU) yang hanya berminat membincangkan kuasa, Pengerusi Bahagian Perhubungan Bersatu Wilayah Persekutuan Datuk Muhammad Suhaimi Yahya tampil dengan kenyataan bahawa UMNO bukan lagi tempat orang Melayu bergantung harapan. Menurut beliau lagi, sepanjang PAU berlangsung, perwakilan dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO seakan tidak henti-henti membahas dan membincangkan isu mempertahankan kuasa, kedudukan pemimpin UMNO di dalam GLC, jawatan-jawatan utama negara dan lain-lain isu yang seangkatan dengannya. "Paling menyedihkan dan malang, tiada seorang pun perwakilan dan ahli MKT yang berucap mengenai pendekatan parti tertua dan terbesar itu untuk membantu rakyat marhaen yang terkesan sepanjang tempoh pandemik Covid-19."…
Read More
PN YAKIN BOLEH TAWAN SELANGOR DAN PUTRAJAYA

PN YAKIN BOLEH TAWAN SELANGOR DAN PUTRAJAYA

Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan, yakin Perikatan Nasional (PN) boleh menawan Selangor dan mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), walaupun berdepan ancaman pertandingan banyak penjuru kelak. Beliau mengakui PN perlu bekerja keras, namun rakyat boleh menilai keikhlasan dan kesungguhan gabungan itu untuk berkhidmat. “Sudah pasti kita perlu bersedia dan berusaha memperkasa jentera parti untuk pertandingan berapa penjuru sekalipun. Kita perlu teruskan usaha menjaga kesatuan politik Melayu. Kesatuan ummah yang telah dibina dalam PN ini mahal harganya,” kata beliau. Beliau bagaimanapun mengingatkan perpecahan undi Melayu hanya menguntungkan DAP dan PKR. “Yang mahu memecahkan kesatuan…
Read More
EKSKLUSIF: UMNO – PPBM ‘BERTEMPUR’ DI RAZAKMAS

EKSKLUSIF: UMNO – PPBM ‘BERTEMPUR’ DI RAZAKMAS

Razakmas : Kisah Dua Dunia Seramai 395 pemilik perumahan awam Sri Labuan harini menarik nafas lega apabila berlangsungnya sesi penyerahan kunci rumah baru mereka Residensi Razakmas 2, Kuala Lumpur. Sesi penyerahan kunci disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia pagi tadi sambil di saksikan oleh YB Tan Sri Annuar Musa, Menteri Wilayah dan Datuk Rizalman, Timbalan Pengerusi MPP Zon Bandar Tun Razak. Namun begitu, disebalik acara yang gilang gemilang itu, masih ada 'mulut-mulut' yang tidak berpuas hati dengan program serahan kunci itu tadi. Dikhabarkan, Datuk Rizalman membuat gerakan dan membuat keputusan secara diam-diam, berpakat dengan Menteri Wilayah…
Read More
ANWAR SYOK SENDIRI – ONN HAFIZ

ANWAR SYOK SENDIRI – ONN HAFIZ

Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa parti itu sedang merintis persefahaman dengan UMNO dianggap sebagai mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan. Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata sebagai pemimpin muda parti, beliau percaya ketetapan "No Anwar NO DAP" tetap akan terus menjadi pegangan semua peringkat ahli parti UMNO dan ia tidak akan berubah. "Cukuplah dengan 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang telah banyak merugikan rakyat," kata beliau. "Jangan sesekali cuba untuk mengelirukan rakyat, khususnya keseluruhan ahli UMNO, kerana semua sudah tahu permainan Anwar Ibrahim terutama sekali ketika terdesak dan…
Read More
ms Malay
X