
Tweet DG Hisham di twitter buat ramai lega .
Sejak dari minggu lalu, kes harian jangkitan Covid-19 mula naik secara mendadak sehingga mencecah lebih dari 10 ribu kes pada Ahad. Perkara ini menyebabkan ramai terkejut selepas melihat angka yang tertera malah ada yang risau kalau tiba - tiba Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ) dikenakan sekali lagi . Namun begitu, pada hari yang sama, Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu DG Hisham turut kongsikan pecahan data Covid-19 mengikut kategori menerusi akaun Twitter miliknya @DGHisham selepas kes harian dikeluarkan. https://twitter.com/DGHisham/status/1490230277897351173?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1490230277897351173%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fkes-harian-naik-hingga-lebih-10k-tapi-ramai-lega-lepas-tengok-tweet-dg-hisham%2F Twitter Malah, DG Hisham menambah lagi di bahagian thread tweet yang sama dengan menyatakan jumlah untuk jangkitan Covid-19 bagi Kategori 4 dan 5 adalah sebanyak 25 kes…