
Pelancong Asing Dikenakan Bayaran 300 Baht Untuk Masuk Ke Thailand
Thailand merancang untuk mengenakan yuran kemasukan ke negera tersebut kepada pelancong asing sebanyak 300 baht (RM38) seorang bermula 1 April. Bayaran itu dikenakan untuk membiayai pembangunan lokasi pelancongan tempatan serta sebagai pelan perlindungan insurans. Jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana berkata, yuran berkenaan akan dikenakan menerusi tambang tiket penerbangan. Tambah beliau, untuk kemasukan melalui darat, agensi berkaitan masih belum memutuskan kaedah kutipan yang sesuai. Menurut Thanakorn, industri pelancongan dijangka akan menjana pendapatan antara 1.3 hingga 1.8 trilion baht termasuk 800 bilion baht daripada pelancong asing. Berdasarkan situasi semasa, kerajaan Thailand menganjurkan kemasukan lima juta pelancong antarabangsa ke negara itu pada 2022. Majoriti…