We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

sop

Sikap low profile Ts Noor Hisham, mendapat pujian netizen.

Sikap low profile Ts Noor Hisham, mendapat pujian netizen.

Adalah jadi satu tanggungjawab seseorang itu bagi melakukan saringan, dengar penjelasan berkenaan SOP dan menjalankan kuarantin sesampainya tiba di lapangan terbang dari luar negara, tidak kiralah siapa pun kita termasuklah pengarah kesihatan, Tan Sri Noor Hisham sendiri. Perkara ini dikongsikan oleh seorang doktor yang bertugas di lapangan tersebut melalui Twitter miliknya dan mendapat pujian orang ramai. Dalam hati Tan Sri 'Aku la yang buat SOP ni.....' Ts Hisham dikatakan pada waktu itu sedang mendengar penjelasan daripada petugas kesihatan mengenai SOP, foto itu mendapat perhatian netizen sehingga meraih lebih daripada 11,000 jumlah retweets sejak ia dikongsikan pada 31 Januari 2022 yang lalu. https://twitter.com/srahnst/status/1488101659242688514…
Read More
SOP baharu kuarantin baru dikuatkuasakan semalam bagi kontak rapat.

SOP baharu kuarantin baru dikuatkuasakan semalam bagi kontak rapat.

Kementerian Kesihatan Malaysia semalam telah mengeluarkan garis panduan kuarantin baharu bagi individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid. SOP terbaharu kali ini telah berkuatkuasa pada 16 Januari dan turut digunapakai bagi individu yang sedang menjalani kuarantin. Bagi individu yang telah menerima vaksin penggalak, mereka dikehendaki untuk kuarantin selama 5 hari jika mempunyai kontak rapat dengan kes COVID positif. Manakala, bagi individu lengkap vaksin ( tanpa booster ) , tidak lengkap dan tiada status vaksinasi dikehendaki kuarantin selama 7 hari. Individu kontak rapat juga hanya dibenarkan untuk menamatkan kuarantin selepas lengkap tempoh pengasingan yang ditetapkan dengan keputusan ujian Covid…
Read More
Pengurus Pasaraya dikompaun RM1000, akibat dari pengunjung berpusu – pusu rebut barang ‘sale’.

Pengurus Pasaraya dikompaun RM1000, akibat dari pengunjung berpusu – pusu rebut barang ‘sale’.

Baru - baru ini tular di media sosial beberapa video yang menunjukkan keadaan yang agak sesak di sebuah pasaraya akibat dari pengunjung berebut untuk barangan promosi yang diketahui bersempena dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina akan datang. Menurut Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Manjung, dua video asal yang berdurasi selama 11 dan 30 saat yang tular di halaman Facebook " We Are Malaysians". Ia terlihat sekumpulan pengunjung sedang berebut barangan promosi yang dipercayai berupa minuman tin di sebuah pasaraya di daerah Sitiawan, Perak. Tindakan orang ramai terebut mengakibatkan penjarakan fizikal atau SOP tidak dipatuhi. https://www.tiktok.com/@perakpress/video/7051198908298562842?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7046931957711717890 Tiktok Hasil siasatan pihak IPD…
Read More
KL City berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke Ibu Kota selepas 32 tahun.

KL City berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke Ibu Kota selepas 32 tahun.

Kuala Lumpur City menang 2:0 ke atas Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. Piala Malaysia Edisi ke-100 telah melabuhkan tirainya semalam dengan kemenangan berpihak kepada Kuala Lumpur City. Perlawanan separuh masa pertama bermula dengan JDT mendapat peluang keemasan seawal minit kesembilan menerusi peledak berbisa, Bergson Gustavo Da Silva. Penjaga gol KL City Kevin Mendoza bertindak cemerlang apabila berjaya menepis banyak percubaan yang dibuat oleh JDT. https://twitter.com/MFL_MY/status/1465671867314761732?s=20 Sumber: Twitter @MFL_MY Tandukan Safawi Rasid ketika situasi sepakan penjuru dan rembatan padu Bergson dari luar kawasan penalti diledakkannya pada minit ke-43 juga mudah ditangkap penjaga gol skuad kebangsaan Filipina itu.…
Read More
JOM BERCUTI : Petrosains KLCC

JOM BERCUTI : Petrosains KLCC

Tempat menarik sambil menambah ilmu bersama orang tercinta. Hello guys! Korang nak pergi bercuti tapi takde idea nak pergi mana? Pergi pulau bosan pula tak buat aktiviti? Mari sini saya ceritakan mengenai Petrosains KLCC. Tak perlu sampai rentas negeri jauh sangat kalau dah duduk dekat Selangor. Apa kata akak atau abang bawak anak-anak pergi ke Petrosains KLCC? Harga murah dan boleh memupuk minat anak-anak belajar sambil bermain tau. Kalau nak temu janji (date) bersama si dia pon boleh tau. Anda akan mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana rasanya di platform penggerudian minyak, berada di luar angkasa dan juga sejarah dianasourus yang…
Read More
Langgar SOP? Warga asing yang degil akan diusir pulang ke negara asal

Langgar SOP? Warga asing yang degil akan diusir pulang ke negara asal

Berita baik kepada netizen, warga asing yang degil melanggar SOP di negara kita boleh diusir pulang ke negara asal seperti yang dikatakan oleh Ketua Pengarah Imigresen, YBhg. Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud. Amaran ini dilakukan selepas beberapa isu viral tular di media sosial yang melibatkan warga asing tidak patuh pada prosedur operasi standard (SOP) di negara kita. “Amaran ini dibuat kerana ada di kalangan mereka yang sengaja mencabar pihak berkuasa supaya mengambil tindakan ke atas mereka” kata Ketua Pengarah Imigresen. Beliau juga berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk membatalkan pas dan segala kemudahan bagi warga asing yang melanggar prosedur operasi standard…
Read More
Pintu Sempadan Mekah Dibuka- Jemaah Wajib Ikut SOP

Pintu Sempadan Mekah Dibuka- Jemaah Wajib Ikut SOP

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan kebenaran merentas negeri dan luar negara kepada rakyat yang lengkap dua dos vaksin. Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi 90 peratus daripada populasi dewasa. Arab Saudi membenarkan jemaah datang ke Mekah untuk membuat umrah kerana sudah hampir dua tahun para jemaah tidak dapat ke tanah suci. Kerajaan Arab Saudi menetapkan hanya pakej umrah yang ditawarkan dengan penerima vaksin jenis Pfizer dan Astra Zeneca untuk ke tanah suci. Bagi penerima vaksin jenis Sinovac, jemaah perlu mendapatkan dos booster (penggalak) bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Sumber: Google Harga pakej umrah terkini meningkat disebabkan SOP…
Read More
BN dikompaun RM10,000, Syed Saddiq persoal sikap ‘double standard’ pihak berkuasa

BN dikompaun RM10,000, Syed Saddiq persoal sikap ‘double standard’ pihak berkuasa

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan keputusan pihak berkuasa hanya mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada Barisan Nasional (BN) susulan penganjuran majlis pelancaran jentera bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di ibu negara malam tadi. “Berkumpul beramai-ramai dan buat majlis perlancaran jentera PRN Melaka, kena denda RM10,000. “Peserta perhimpunan cecah ribuan orang. Tak ada social distancing, tak semak MySejahtera, tak jaga face mask, tak ada usaha nak jaga negara dari Covid. “Pihak berkuasa boleh sahaja nak batalkan perhimpunan. Tapi majlis sempat buat sampai habis. Siap ada live lagi,” katanya. Beliau juga turut mengkritik keadilan pihak berkuasa yang sewajarnya ditunjukkan…
Read More
Minah saleh dilabel ‘Karen’ enggan pakai mask sebelum masuk butik Dior dekat KLCC

Minah saleh dilabel ‘Karen’ enggan pakai mask sebelum masuk butik Dior dekat KLCC

Umum ketahui walaupun sudah lengkap dua dos vaksin, pemakaian pelitup muka masih lagi menjadi kewajipan lebih-lebih lagi jika berada di tempat awam. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari awal lagi memastikan rakyat cakna dengan patuhan tersebut tak kiralah warga tempatan mahupun warga asing yang menetap di sini. Walaupun arahan ini telah lama diuar-uarkan di pintu masuk beli belah dan kedai-kedai, hari ini tular satu video di Twitter yang memaparkan kelakuan tidak bertanggungjawab seorang wanita luar negara di hadapan butik Dior dekat KLCC. Menerusi kongsian video daripada pengguna yang bernama @DFEfiercefun, wanita tersebut kelihatan sedang bertekak dengan beberapa orang pekerja di…
Read More
Syafie naswip jadi mangsa produksi langgar sop tak lengkap vaksin

Syafie naswip jadi mangsa produksi langgar sop tak lengkap vaksin

SEJAK pandemik Covid-19 membadai negara sekitar Mac 2020, antara kalimah yang tiba-tiba menjadi sebati di bibir semua sehingga kini adalah prosedur operasi standard (SOP). Prosedur operasi standard(SOP) merupakan satu arahan kerja dan garis panduan terperinci berkenaan sesuatu tugas yang bertulis dan didokumentasi. Pelakon Syafie Naswip telah tampil meluahkan rasa kecewa dan berang apabila dirinya menjadi mangsa sikap syarikat produksi yang bertanggungjawab dan tidak mengikuti prosedur standard(SOP) di set pengambaran. Syafie naswip dilaporkan sedang menjalani penggambaran sebuah drama di Kuala Kangsar, Perak namun terpaksa di kuarantin di sebuah hotel setelah menjadi kontak rapat positif covid-19. Tambahannya lagi, dia berasa bengang dengan…
Read More
ms Malay
X