
Pembukaan sempadan merupakan detik bermakna bagi rakyat malaysia sempena menjelang Ramadan
Suasana sebak bercampur kegembiraan memenuhi sepanjang laluan keluar dari Tambak Johor di sini, apabila ribuan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dilihat mula berpusu keluar dari negara berkenaan. Lebih manis, peluang pulang ke tanah air dianggap sebagai detik bermakna, khususnya kepada pekerja beragama Islam yang sudah lebih dua tahun tidak dapat menyambut Ramadan bersama keluarga. Sumber dari Sinar Harian Fajrul Rizal Abu Bakar, rakyat Malaysia yang bekerja dalam industri pembinaan di Singapura, berkata dia tidak dapat menyuarakan fikirannya dengan kata-kata kerana terlalu teruja selepas tidak melihat tanah airnya dalam tempoh dua tahun. “Dua tahun saya tak balik.. Perasaan itu susah…