
Netizen Kecam Tindakan Stesen Tv Silap Paparkan Bendera Negara Peserta di Sukan SEA
Bayangkanlah bendera Malaysia bertukar menjadi Vietnam manakala Jalur Gemilang dijadikan bendera rasmi Singapura pula, tetapi itulah yang tular perkatakan netizen. Meskipun saluran berita berkenaan dianggap stesen penyiaran gah bertaraf global, namun kesilapan paparan bendera itu ternyata menjadi bahan jenaka ramai warganet seluruh dunia. Stesen milik pemerintah Singapura itu membuat permohonan maaf selepas teruk dikecam netizen republik itu sendiri kerana ralat yang tidak boleh dimaafkan. Kesilapan itu pada mulanya dimuat naik laman sosial popular Fabrications About Singapore awal hari ini sebelum tular dikongsi pengguna media sosial luar negara termasuk Malaysia. Ia turut memaparkan bendera hos Sukan SEA edisi ke-31 kali ini,…