
Sempadan negara dibuka sepenuhnya 1 Mac mendapat persetujuan MPN
Majlis Penulihan Negara (MPN) hari ini bersetuju dengan cadangan bagi membuka sempadan negara sepenuhnya menjelang 1 Mac 2022 kepada semua tanpa perlu menjalani proses kuarantin wajib. Menurut pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembukaan ini bermaksud mereka yang ingin memasuki negara ini tidak lagi perlu menjalani tempoh kuarantin wajib seperti yang dikenakan sekarang iaitu 7 hari bagi pengembara yang telah divaksin sepenuhnya dan 10 hari bagi mereka yang separa atau tidak divaksinasi. Malah bagi mereka yang telah menerima dos penggalak pula, mereka perlu mematuhi tempoh kuarantin lima hari. Tan Sri Muhyiddin Yassin Perkara tersebut akan dilaksanakan dengan terancang selain perlu mengambil kira penilaian…