We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

PRU15

Johari Abdul Ghani menang di Titiwangsa

Johari Abdul Ghani menang di Titiwangsa

KUALA LUMPUR, 20 November - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa (P.119) dengan majoriti 4,632 undi. Beliau yang berjaya meraih jumlah undi sebanyak 25,042 bertekad untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen seperti yang dijanjikan kepada pengundi. Datuk Seri Johari memenangi kerusi parlimen itu buat penggal kedua selepas PRU13.  "Kita nak lihat masalah tertunggak di sini, isu berbangkit di Flat Sg Baru, Datuk Keramat. Ini antara isu yang saya bawa untuk kerajaan melihat semula demi kesejahteraan rakyat khususnya penduduk dalam Parlimen Titiwangsa," kata Johari  selepas Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said mengumumkan…
Read More
Selesai isu rakyat, baru bincang jawatan Kabinet – Shahril

Selesai isu rakyat, baru bincang jawatan Kabinet – Shahril

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya melaporkan kepada Perdana Menteri dapatan atau cadangan bagi menangani isu rakyat, bukan membincangkan pelantikan jawatan baharu. Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, berkata isu lantikan jawatan dalam Kabinet bukan keutamaan ketika ini sebaliknya tumpuan harus diberikan untuk membantu rakyat. "Sepatutnya Pengerusi MPN apabila berjumpa dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), melaporkan kepada ketua kerajaan berkenaan dapatan atau cadangan MPN untuk menangani isu pemulihan. "Tapi nampaknya Tan Sri Muhyiddin Yassin ambil kesempatan untuk membincangkan isu 'lantikan jawatan baharu' termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri. Sudahlah begitu, hebahkan pula kepada…
Read More
Jangan sabotaj jika tak jadi calon PRU

Jangan sabotaj jika tak jadi calon PRU

PUTRAJAYA: Pemimpin UMNO peringkat bahagian perlu berjiwa besar, berlapang dada dan tidak melakukan sabotaj jika tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Mereka dan penyokong juga perlu memberi tumpuan untuk memenangkan calon UMNO serta Barisan Nasional (BN) dan tidak mencetuskan masalah andai calon pilihan raya nanti bukan dalam kalangan pemimpin bahagian masing-masing. Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari, berkata formula berkenaan digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini yang menyaksikan BN mencapai kejayaan cemerlang. "Saya yakin kepemimpinan tertinggi parti mengkaji dan berbincang dengan kepemimpinan di peringkat negeri dan bahagian untuk melihat…
Read More
PRU15 mungkin benteng terakhir PN, kata penganalisis

PRU15 mungkin benteng terakhir PN, kata penganalisis

PETALING JAYA: Pilihan raya umum ke-15 (PRU15) mungkin benteng terakhir Perikatan Nasional (PN), penganalisis politik memberi amaran. James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata beliau percaya PRU15 "tidak, adalah peluang terakhir" untuk PN. Walaupun semangat gabungan itu lemah ketika ini, beliau tidak menjangka ia akan mengelak daripada bertanding dalam PRU. “Jika prestasi mereka teruk pada PRU15, gabungan itu akan musnah, tetapi sudah tentu, mereka akan bertahan sehingga PRU15."Dalam sistem Malaysia, semua naungan dan kontrak utama datang daripada Pejabat Perdana Menteri, jadi, jika anda bukan lagi perdana menteri, anda tidak mempunyai kawalan ke atas proses naungan." Beliau bersetuju dengan pandangan…
Read More
ms Malay
X