We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

PRU-15

PRN Johor: PAS Johor Nafi Tolak Tawaran Kerusi UMNO

PRN Johor: PAS Johor Nafi Tolak Tawaran Kerusi UMNO

PAS menafikan dakwaan bahawa parti itu menolak tawaran kerusi dari UMNO kerana lebih tertarik dengan tawaran dari Bersatu. Parti Bersatu yang dikatakan menawarkan lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya akan datang nanti. Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin memaklumkan bahawa tiada rundingan dan perbincangan dibuat dengan UMNO Johor setakat ini. Rundingan itu berhubung pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang. “Sebagai rakan dalam Muafakat Nasional (MN), PAS Johor sentiasa berlapang dada dan terbuka untuk terus komited dengan usaha memperkukuh permuafakatan ini. Beliau juga berharap apa juga isu berbangkit dapat berbincangkan…
Read More
‘MUAFAKAT POLITIK’ PERLU DITERUS SELEPAS PRU-15

‘MUAFAKAT POLITIK’ PERLU DITERUS SELEPAS PRU-15

PAS mahu melihat 'muafakat politik' yang termeterai di bawah Perikatan Nasional (PN), antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan UMNO diteruskan sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), demi masa depan negara. Justeru, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati pemimpin ketiga-tiga parti itu untuk terus mendukung kerajaan sedia ada. "Saya yakin muafakat politik ini bukan sahaja untuk parti tetapi untuk masa depan negara dan seluruhnya. Sebarang keputusan politik membabitkan masa depan negara, jadi bagi PAS, kita lihat ketiga-tiga parti perlu teruskan muafakat bukan sahaja sampai Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi sampai selepas PRU nanti." "Apabila…
Read More
BERSATU AKAN TENTUKAN PENDIRIAN -DATUK SERI HAMZAH ZAINUDIN

BERSATU AKAN TENTUKAN PENDIRIAN -DATUK SERI HAMZAH ZAINUDIN

Pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berhubung keputusan UMNO menolak kerjasama dengan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), akan ditentukan dalam mesyuarat petang ini. Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata ia susulan keputusan dicapai pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Janda Baik, Pahang, 19 Februari lalu. Katanya, mesyuarat Biro Politik BERSATU, semalam, membincangkan mengenai surat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang bertarikh 26 Februari lalu bagi memaklumkan perkara berkenaan. Beliau berkata, Biro Politik juga mengambil maklum keputusan MKT UMNO bahawa kebersamaan dalam kerajaan Perikatan…
Read More
ms Malay
X