
Pakar psikologi mengatakan kanak – kanak perlu sokongan emosi akibat banjir.
Banjir baru - baru ini yang melanda beberapa buah negeri pada waktu sekarang bukan sahaja boleh menyebabkan gangguan emosi dalam kalangan orang dewasa disebabkan kemusnahan harta benda serta kehilangan keluarga tersayang tetapi ia juga berpotensi untuk menjejaskan emosi kanak - kanak. Justeru itu, para pakar psikologi kanak - kanak berpendapat bahawa sokongan psikologi dan emosi terhadap golongan kanak - kanak ini amat diperlukan ketika fasa pasca banjir ini bagi memastikan perkembangan emosi dan mental mereka tidak terganggu dengan bencana ini. Banjir Dr Putri Afzan Maria Zulkifli selaku Pakar Pendidikan Awal Kanak - Kanak berkata tumbesaran dan perkembangan asas mental serta…