We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Pfizer

‘Paxlovid’ keluaran Pfizer diluluskan Singapura bagi rawatan Covid-19 .

‘Paxlovid’ keluaran Pfizer diluluskan Singapura bagi rawatan Covid-19 .

Penggunaan 'Paxlovid' yang merupakan keluaran syarikat perubatan Pfizer bagi merawat pesakit yang disahkan positif Covid-19 telah diluluskan pihak Singapura. Singapura Penggunaan Paxlovid ini adalah ubat telan pertama seumpamanya untuk merawat Covid-19. Menurut laporan Straits Times, Paxlovid hanya digunakan untuk mereka yang positif Covid-19 bergejala ringan sehingga ke bergejala sederhana yang mempunyai risiko kesihatan lain. Ini adalah untuk mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian. Badan Kesihatan Sains Singapura memaklumkan republik itu meluluskan kebenaran sementara untuk penggunaan Paxlovid iaitu kombinasi 2 jenis ubat; nirmmatrelvir (ubat anti-viral) dan ritonavir (ubat pengekalkan kadar darah untuk keberkesanan nirmatrelvir). Paxlovid Paxlovid boleh diambil 2 kali sehari…
Read More
‘Booster Dose’ Pfizer diberi kepada penerima vaksin Sinovac

‘Booster Dose’ Pfizer diberi kepada penerima vaksin Sinovac

Kementerian Kesihatan (KKM) akan melanjutkan pemberian booster dose vaksin Covid-19 jenis Comirnaty (Pfizer-BioNTech) kepada individu yang telah lengkap dos vaksin Sinovac. Hal ini kerana untuk memperpanjang dos penggalak kepada individu yang telah menerima dos penuh vaksin Sinovac sekurang-kurangnya tiga bulan yang lalu. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, individu tersebut akan diberikan dos penggalak vaksin Comirnaty yang mana keutamaan adalah kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas. Khairy Jamaluddin, berkata mereka akan diberikan dos penggalak jenis vaksin Comirnaty secara heterologous. Ia dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). "Sebagai permulaan,…
Read More
YouTube akan padam semua content anti-vaksin.

YouTube akan padam semua content anti-vaksin.

Laman media sosial terkenal YouTube akan memadamkan semua kandungan atau content yang mengandungi informasi yang tidak betul tentang anti-vaksin. Sejak tularnya wabak merbahaya Covid-19 di serata dunia, ramai mangsa yang telah terkorban akibat virus pembunuh ini. Memangdang serius tentang hal ini, saintis dan pakar sedunia telah berusaha mencipta vakin bagi melawan wabak Covid-19 ini daripada terus menular dan menambahkan jumlah mangsanya. Pelbagai jenis vaksin yang telah dicipta seperti Pfizer, AstaZenca, SinoVac, CanSino, Johnson-Johnson dan banyak lagi. Walaupun ramai orang di serata dunia yang gembira dan lega dengna kewujudan vaksin ini, ada juga yang memnentang pengambilan vaksin sekeras-kerasnya. Mereka ini dikenali…
Read More
KADAR VAKSINASI NEGARA BERJAYA CAPAI 80% POPULASI

KADAR VAKSINASI NEGARA BERJAYA CAPAI 80% POPULASI

Tahniah diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kadar vaksinasi negara daripada wabak Covid-19 telah berjaya mencapai 80% populasi. Menurut Perdana Menteri YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob menurusi Facebooknya, kejayaan peratusan vaksinasi yang tinggi itu merupakan hasil daripada pengorbanan para petugas barisan hadapan. Ismail Sabri juga turut mengakui sokongan Keluarga Malaysia tidak mengira tempat dan usia kerana meberi kerjasama dengan program vaksinasi yang sedia ada. Vaksin bagi memerangi wabak Covid-19 daripada menular dijalankan di bawah pemantauan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Kadar vaksinasi melebihi 80% yang bersamaan dengan 18,727,680 individu terdiri daripada 46.4 peratus vaksin jenis Pfizer dan 45.4…
Read More
INDIVIDU SUDAH LENGKAP DOS VAKSIN BOLEH KUNJUNGI IKEA DAMANSARA DAN CHERAS

INDIVIDU SUDAH LENGKAP DOS VAKSIN BOLEH KUNJUNGI IKEA DAMANSARA DAN CHERAS

Pihak IKEA telah mengumumkan berita baik buat individu yang sudah lengkap mengambil 2 dos vaksin. In kerana cawangan IKEA di Damansara dan Cheras telah membenarkan pengunjung yang sudah menerima 2 dos vaksin. Hal ini berikutan dengan pengunguman dari Perdana Menteri bagi membuka beberapa sektor ekonomi. Pengunjung yang hendak berbelanja di IKEA di dua cawangan itu hendaklah sudah melepasi tempoh vaksinasi lengkap yang ditetapkan. Bagi penerima vaksin Pfzer, Astrazaneca dan Sinovac perlulah melepasi tempoh 14 hari selepas menerima dos kedua. Manakala untuk penerima vaksin Cansino dan Johnson & Johnson, mereka perlu tunggu selama 28 hari selepas menerima dos yang pertama. Ikuti…
Read More
MULAI 10 OGOS IBADAH UMRAH DIBUKA SEMULA UNTUK JEMAAH ANTARABANGSA

MULAI 10 OGOS IBADAH UMRAH DIBUKA SEMULA UNTUK JEMAAH ANTARABANGSA

Awal bulan ini, Kementerian Haji dan Umrah menggantung sementara permohonan untuk menunaikan solat dan ibadah umrah di Masjidil Haram Kini jemaah dari luar negara boleh beribadah umrah bermula 10 Ogos ini. Penerbangan langsung dibenarkan daripada semua negara kecuali India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan. https://twitter.com/hsharifain/status/1419309019240570881?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1419309019240570881%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-dunia%2Fibadah-umrah-dibuka-semula-kepada-jemaah-antarabangsa-bermula-10-ogos-310410 Hal ini berikutan dengan kelancaran musim haji pada tahun ini yang telah dilaksanakan dengan jayanya. Abdul Rahman Al-Sudais, Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci berkata kesemua ahli gabungan kompeten diarahkan untuk memuktamadkan persediaan untuk menerima jemaah termasuk umrah di Masjidil Haram, Tanah Suci Mekah. Jemaah diwajibkan telah menerima…
Read More
SEJUTA DOS VAKSIN PFIZER DARI AMERIKA SYARIKAT UNTUK MALAYSIA

SEJUTA DOS VAKSIN PFIZER DARI AMERIKA SYARIKAT UNTUK MALAYSIA

Pesawat Raya Airways TH384 bawa sejuta dos vaksin Pfizer BioNTech sumbangan kerajaan Amerika Syarikat (AS) itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 8.10 pagi semalam. Pada Ahad lalu, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sumbangan itu akan membantu meningkatkan lagi proses vaksinasi serta membawa perkembangan bermakna terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang sedang berlangsung.  Malaysia juga amat menghargai sokongan AS melalui kedutaannya di Kuala Lumpur sejak pandemik melanda tahun lalu. Sumbangan ini termasuk kelengkapan perubatan, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bernilai AS$250, 000.
Read More
HAMPIR 1.5 JUTA RAKYAT MALAYSIA TELAH LENGKAP DUA DOS VAKSIN

HAMPIR 1.5 JUTA RAKYAT MALAYSIA TELAH LENGKAP DUA DOS VAKSIN

Seramai 1,476,753 individu setakat semalam sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Menurut ciapan akaun twitter rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), seramai 3,642,195 individu menerima dos pertama, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 5,108,948 dos, setakat semalam. Menerusi bilangan dos pertama (3,632,195) itu, ia telah mewakili 11.1 peratus populasi rakyat negara ini. Selain itu, menurut laporan harian pemberian vaksin, sebanyak 204,838 dos suntikan selesai semalam, iaitu 196,775 dan 8,064 bagi suntikan pertama dan kedua. Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara…
Read More
HAMPIR 30,000 SEHARI KADAR PEMBERIAN VAKSIN

HAMPIR 30,000 SEHARI KADAR PEMBERIAN VAKSIN

Vaksin keluar Pfizer-BioNTech - Gambar ehsan Berita Harian KUALA LUMPUR: Kadar pemberian vaksin harian di negara ini meningkat kepada 29,560 dos sehari setakat semalam, 14 hari selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu. Menurut data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sejumlah 195,923 dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech sudah diberikan kepada petugas barisan hadapan setakat semalam, berbanding 166,363 kelmarin. Berdasarkan kapasiti pemberian vaksin harian semasa, sasaran menyuntik 500,000 petugas barisan hadapan dalam fasa satu PICK mampu dicapai dalam tempoh 17 hari lagi atau lebih awal jika kadar itu ditingkatkan selaras sasaran kerajaan. Data yang dikongsikan…
Read More
MALAYSIA BAKAL TERIMA 32 JUTA DOS VAKSIN

MALAYSIA BAKAL TERIMA 32 JUTA DOS VAKSIN

32 juta dos vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech akan diterima Malaysia, jumlah untuk separuh penduduk negara, iaitu dua dos setiap individu. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata penghantaran semua 32 juta dos vaksin COVID-19 itu akan dibuat pada tahun ini. Beliau menegaskan, pemerolehan itu akan dimuktamad selepas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menandatangani perjanjian dengan syarikat itu, minggu ini. "Menteri Kesihatan, selepas rundingan dengan Pfizer, akan menandatangani tambah bekalan. Pfizer akan membekalkan 32 juta dos atau 50 peratus daripada populasi atau penduduk di negara kita. "Asalnya jumlah vaksin yang akan dibekalkan sebanyak 20 peratus, kemudian untuk 39…
Read More
ms Malay
X