We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Perdana Menteri

Anwar angkat sumpah sebagai PM ke-10 pada 5 petang hari ini

Anwar angkat sumpah sebagai PM ke-10 pada 5 petang hari ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR, 24 November – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis (24 Nov) berkenan dengan pelantikan Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Pegawai Pengawal Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dibuat mengikut Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) daripada Perlembagaan Persekutuan. Pelantikan itu dimuktamadkan selepas Seri Paduka menimbangkan pendapat Raja-Raja Melayu yang mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara hari ini untuk membuat keputusan terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat, katanya. Penyampaian…
Read More
76 Peratus Ketua Isi Rumah Telah Menerima BIW Setakat Tengah Hari Tadi

76 Peratus Ketua Isi Rumah Telah Menerima BIW Setakat Tengah Hari Tadi

Seramai 36,087 bersamaan 76 peratus Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang berjumlah RM 1,000. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setakat pukul 1 tengah hari tadi. Menurut infografik yang dikongsi beliau di laman Twitter, jumlah KIR yang layak menerima BIW ialah 47, 461 orang. https://twitter.com/ismailsabri60/status/1478598653321232385?s=21 Tambah beliau, mereka yang masih belum mendaftar BIW perlu menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pegawai Daerah dengan kadar segera. Sebelum ini, beliau mengumumkan bahawa BIW yang berjumlah RM 1,000 akan diberikan kepada setiap KIR yang terjejas banjir lalu. Ikuti perkembangan terkini dan isu-isu…
Read More
Jangkaan Agihan BWI Bakal Selesai Hujung Minggu Ini-PM

Jangkaan Agihan BWI Bakal Selesai Hujung Minggu Ini-PM

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 kepada ketua isi rumah terjejas dengan banjir di seluruh negara dijangka selesai diagihkan sebelum hujung minggu ini. Beliau berkata setakat ini lebih 70 peratus ketua isi rumah yang terkesan dengan bencana itu telah menerima bantuan yang telah diagihkan. Beliau berkata tidak hanya memberi tumpuan terhadap pengumuman semata-mata malah menekankan pelaksanaan yang cepat agar rakyat tidak menunggu lama untuk mendapat bantuan dalam usaha mengurangkan kesusahan rakyat ketika ini. “Saya dah umumkan macam-macam inisiatif dan bantuan kerajaan tapi tak cukup dengan pengumuman, yang pentingnya pelaksanaan, dan saya berpuas…
Read More
KADAR VAKSINASI NEGARA BERJAYA CAPAI 80% POPULASI

KADAR VAKSINASI NEGARA BERJAYA CAPAI 80% POPULASI

Tahniah diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kadar vaksinasi negara daripada wabak Covid-19 telah berjaya mencapai 80% populasi. Menurut Perdana Menteri YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob menurusi Facebooknya, kejayaan peratusan vaksinasi yang tinggi itu merupakan hasil daripada pengorbanan para petugas barisan hadapan. Ismail Sabri juga turut mengakui sokongan Keluarga Malaysia tidak mengira tempat dan usia kerana meberi kerjasama dengan program vaksinasi yang sedia ada. Vaksin bagi memerangi wabak Covid-19 daripada menular dijalankan di bawah pemantauan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Kadar vaksinasi melebihi 80% yang bersamaan dengan 18,727,680 individu terdiri daripada 46.4 peratus vaksin jenis Pfizer dan 45.4…
Read More
PAKET PENJAGGAN COVID-19 DAN DOS VAKSIN KETIGA

PAKET PENJAGGAN COVID-19 DAN DOS VAKSIN KETIGA

Sebanyak RM471.6 juta diperuntukkan oleh kerjaan untuk membekalkan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) kepada rakyat yang berkeluarga daripada kategori B40. PPC yang akan dibekalkan mengandungi empat keping pek pelitup muka guna semula, empat kit ujian kendiri Covid-19, satu oximeter, satu termometer, serta risalah panduan penggunaan dan info kesihatan. Pemberian PPC ini adalah untuk mengurangkan kes kematian di luar hospital (BID - Bought in Dead) oleh pesakit yang mengalami keadaan "Happy Hypoxia". Happy Hypoxia merujuk kepada pesakit Covid-19 yang tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah. Pemberian PPC ini juga bertujuan untuk meringankan beban golongan B40 dan…
Read More
AGONG TITAH SIDANG MP BERTAFAKUR DAN BERDOA

AGONG TITAH SIDANG MP BERTAFAKUR DAN BERDOA

Pada Istiadat pembukaan Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memulakan titah ucapan dengan mengajak ahli Dewan Rakyat dan rakyat bertafakur. Sidang Parlimen yang dibuka oleh baginda merupakan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Majlis Parlimen ke-14, Tafakur itu dibuat bagi memperingati mangsa Covid-19 yang telah mencecah 21,124 mangsa setakat semalam 13 September 2021. Baginda beritah supaya Ahli Parlimen dan rakyat yang beragama Islam untuk membaca Al-Fatihah bagi mereka yang terkorban akibat Covid-19. Manakala Ahli Parlimen dan rakyat yang bukan Islam dititah oleh baginda untuk bertafakur selama seminit atas tujuan yang sama. Untuk makluman, Sidang Parlimen yang bermula semalam…
Read More
KAWASAN SEKITAR LEMBAH KLANG BERALIH KE FASA 2 MULAI JUMAAT INI

KAWASAN SEKITAR LEMBAH KLANG BERALIH KE FASA 2 MULAI JUMAAT INI

Khabar gembira buat warga sekitar Lembah Klang kerana tidak lama lagi mereka akan beralih ke Fasa 2. Finally! Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk membenarkan kawasan Lembah Klang seperti Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, dan Kuala Lumpur beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Jumaat ini. Menerusi kenyataan rasmi di laman portal Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau berkata pergerakan antara negeri dibenarkan dan tiada lagi roadblock. “Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutamanya seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik sekali". “Dengan ini, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang…
Read More
“SENTIASA PATUHI SOP WALAUPUN BANYAK SEKTOR TELAH DIBUKA”- DG HISHAM

“SENTIASA PATUHI SOP WALAUPUN BANYAK SEKTOR TELAH DIBUKA”- DG HISHAM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk memberi kelonggaran pergerakkan bagi individu yang telah lengkap dua dos di negeri fasa 1. Berikutan pelan yang diumum, terdapat pelbagai sektor ekonomi dan sektor sosial bakal dibuka. Orang ramai yang telah cukup syarat tempoh vaksin, mereka dibenarkan untuk berkunjung ke restoren, taman rekreasi dan sebagainya. Oleh itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham telah mengingatkan kepada orang awam agar sentiasa patuhi SOP yang ketat meskipun banyak sektor telah dibuka. “Peringatan untuk semua, kebanyakan tempat dibuka kerana ekonomi, bukan sebab ianya selamat." “Sentiasa memakai pelitup mulut…
Read More
TUN MAHATHIR SEDIA MENYOKONG ANWAR IBRAHIM

TUN MAHATHIR SEDIA MENYOKONG ANWAR IBRAHIM

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedia menyokog Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin. Dr Mahathir ingin mengotakan janjinya untuk memberi kuasa kepada Anwar Ibrahim semasa Pakatan Harapan (PH) masih berkuasa dalam Parlimen dahulu. Walau bagaimanapun, Dr Mahathir masih ragu-ragu jika Ahli Parlimen akan menyokong Anwar Ibrahim untuk berjumpa dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setakat yang dilaporkan semalam, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob mendapat sokongan daripada 115 Ahli Parlimen. Manakala Anwar Ibrahim yang juga merupakan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai 105…
Read More
KECOH PENGASAS D’HERBS TERINGIN NAK LANTIK DIRI SENDIRI UNTUK JADI PERDANA MENTERI KE-9

KECOH PENGASAS D’HERBS TERINGIN NAK LANTIK DIRI SENDIRI UNTUK JADI PERDANA MENTERI KE-9

Yang diketahui umum, berita perletakan jawatan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin pada hari semalam menerima pelbagai reaksi daripada netizen terutamanya berasa sedih dan kecewa. Namun disebalik kekecewaan yang dirasai oleh warga maya semalam, terdapat beberapa individu yang cuba untuk menghiburkan suasana antaranya ialah jutawan kosmetik terkenal, Aliff Syukri. Pengasas D’Herbs dan AS Legacy ini telah berkongsi dengan memuat naik gambar sekeping borang ‘Permohanan Jawatan Perdana Menteri Ke-9’ di akaun Instagram miliknya. Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian warga net yang rata-rata terhibur dengan telatahnya itu. Namun, aksi dan gelagat pengasas itu menjadi perdebatan hebat di kalangan netizen termasuk ibu…
Read More
ms Malay
X