We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

PAS

‘Hadi salah catur bila bawa PAS pilih BERSATU’

‘Hadi salah catur bila bawa PAS pilih BERSATU’

PETALING JAYA: Seorang bekas pemimpin kanan PAS, menyifatkan presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang sepatutnya menjalinkan kerjasama dengan UMNO, bukan BERSATU yang disifatkan sebagai 'parti kecil' dan hanya bergantung kekuatan orang lain. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali, berkata strategi PAS meletakkan kerjasama dengan BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu kesilapan. "Strategi yang digunakan sekarang ini ialah meletakkan BERSATU sebagai tonggak untuk dibuat muafakat, sedangkan yang sepatutnya dengan UMNO. "Saya yakin sekiranya Presiden PAS mempertahankan hubungan dengan UMNO, BERSATU pasti menurut kerana ia parti kecil dan bergantung kepada PAS.…
Read More
PRN Johor: Undi 18 Waktu Terbaik Buktikan Keputusan Kerajaan Betul- Fadhli Shaari

PRN Johor: Undi 18 Waktu Terbaik Buktikan Keputusan Kerajaan Betul- Fadhli Shaari

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ahmad Fadhli Shaari, mengajak anak muda 18 tahun ketas untuk menunjukkan komitmen untuk keluar mengundi nanti. Fadhli menjelaskan bahawa PRN Johor merupakan waktu terbaik untuk buktikan bahawa Undi 18 adalah satu keputusan yang tepat. Keputusan Undi 18 merupakan keputusan dari kerajaan untuk para belia dapat mengundi juga. “Tunjukkan komitmen anak muda akan membuat pengundian dan membuat pilihan yang betul berasaskan kepada fakta dengan keluar beramai-ramai untuk menjalankan tanggungjawab ini. Tambah beliau, PRN Johor merupakan tempat pertama untuk rakyat menilai sendiri berkaitan Undi 18 adalah keputusan yang tepat atau tidak. PRN Johor juga merupakan piloihan…
Read More
PRN Johor: PAS Johor Nafi Tolak Tawaran Kerusi UMNO

PRN Johor: PAS Johor Nafi Tolak Tawaran Kerusi UMNO

PAS menafikan dakwaan bahawa parti itu menolak tawaran kerusi dari UMNO kerana lebih tertarik dengan tawaran dari Bersatu. Parti Bersatu yang dikatakan menawarkan lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya akan datang nanti. Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin memaklumkan bahawa tiada rundingan dan perbincangan dibuat dengan UMNO Johor setakat ini. Rundingan itu berhubung pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang. “Sebagai rakan dalam Muafakat Nasional (MN), PAS Johor sentiasa berlapang dada dan terbuka untuk terus komited dengan usaha memperkukuh permuafakatan ini. Beliau juga berharap apa juga isu berbangkit dapat berbincangkan…
Read More
PAS SOKONG TALIBAN DI AFGHANISTAN

PAS SOKONG TALIBAN DI AFGHANISTAN

Pada 18 Ogos 2021 semalam, Harakah Daily yang merupakan portal media dan berita atas talian rasmi bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyokong kepimpinan Taliban yang mencapai kemenangan di Afghanistan. YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada rakyat Afghanistan yang kini berada di bawah naungan Taliban. YB Ustaz Muhammad Khalil yang juga merupakan anak kepada Yang Berhormat Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang menyifatkan kepimpinan Taliban telah memerdekakan Afghanistan daripada penajajahan. Penjajahan tersebut dilakukan oleh pasukan tentera Amerika Syarikat yang dulu menyerang Afghanistan berikutan Serangan 9/11…
Read More
KEDAI RUNCIT WARGA ASING DISERBU IMIGRESEN

KEDAI RUNCIT WARGA ASING DISERBU IMIGRESEN

PUTRAJAYA – Sebanyak 16 kedai runcit yang dikendalikan oleh warga asing diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Bukit Sentosa dan Dengkil dekat sini pada Isnin dan Selasa lalu. Jelasnya, Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud, pihaknya menahan seramai 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi itu. Mereka terdiri daripada 18 lelaki warga Bangladesh, tujuh lelaki warga Myanmar, tiga lelaki warga Indonesia, dua perempuan warga Indonesia, dua lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki warga India. “Semasa serbuan dijalankan terdapat warga asing yang cuba bertindak melarikan diri dan membuat provokasi, namun mereka dapat diberkas,”DATUK KHAIRUL DZAIMEE DAUD, KETUA PENGARAH JABATAN…
Read More
‘MUAFAKAT POLITIK’ PERLU DITERUS SELEPAS PRU-15

‘MUAFAKAT POLITIK’ PERLU DITERUS SELEPAS PRU-15

PAS mahu melihat 'muafakat politik' yang termeterai di bawah Perikatan Nasional (PN), antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan UMNO diteruskan sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), demi masa depan negara. Justeru, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati pemimpin ketiga-tiga parti itu untuk terus mendukung kerajaan sedia ada. "Saya yakin muafakat politik ini bukan sahaja untuk parti tetapi untuk masa depan negara dan seluruhnya. Sebarang keputusan politik membabitkan masa depan negara, jadi bagi PAS, kita lihat ketiga-tiga parti perlu teruskan muafakat bukan sahaja sampai Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi sampai selepas PRU nanti." "Apabila…
Read More
PAS TOLAK SEBARANG USAHA PENJAJARAN BAHARU DENGAN PH

PAS TOLAK SEBARANG USAHA PENJAJARAN BAHARU DENGAN PH

KUALA LUMPUR: Pas tidak berminat dalam sebarang bentuk dan usaha ke arah 'penjajaran baharu' melibatkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) atau sekutunya. Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan bahawa, Pas juga menolak sebarang usaha daripada mana-mana pihak yang boleh merungkai perpaduan ummah yang telah sedia terjalin. Takiyuddin menegaskan, Pas komited untuk terus memantapkan hubungan dan kerjasama dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) demi kelangsungan pemerintahan negara yang diterima majoriti rakyat. "Pas amat yakin segala perbezaan, pertikaian serta salah faham yang wujud dapat diselesaikan dan diharmonikan oleh pimpinan parti-parti atas dasar ukhuwah dan kekeluargaan demi agenda kepentingan negara…
Read More
ms Malay
X