
Larangan merokok di tempat makan masih lagi berkuatkuasa dan akan ditingkatkan.
Larangan merokok di kawasan tempat makan telah dilaksanakan sejak tahun 2019 masih lagi diteruskan sehingga kini. Baru-baru ini Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa akan menigkatkan lagi penguatkuasaan larangan merokok bagi memastikan masyarakat patuh terhadap arahan berkenaan. Beliau mengatakan melalui ciapan twitter peribadi miliknya bahawa ini merupakan satu inisiatif dan dasar yang bagus dari kerajaan sebelumnya dan ianya perlu diteruskan. Khairy membuat kenyataan tersebut bagi menjawab soalan daripada seorang pengguna twitter yang menayakan soalan mengenai status larangan tersebut. Dalam tweet yang sama, Khairy menyatakan bahawa akan kekal memerhatikan pelaku dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pesalah sambil memantau pematuhan Prosedur Standard…