
Bimbang harga “mask” naik selepas perakuan MS Sirim
Pensijilan dan penandaan MS SIRIM untuk topeng muka bukan perubatan, yang akan dikuatkuasakan mulai 4 Julai, diharapkan tidak menyebabkan kenaikan harga produk di pasaran. Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (Epidemiologi dan Biostatik) Prof Madya Dr Malina Osman berkata ini kerana produk yang perlu diperakui atau disahkan oleh agensi tertentu, kadangkala harganya lebih mahal. “Keputusan kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ini memang baik untuk memastikan keselamatan individu dari dijangkiti COVID-19 selain mengelakkan lambakan pelitup muka yang tidak berkualiti di pasaran. “Pewartaan ini adalah wajar dan sepatutnya dilaksanakan lebih awal lagi…cuma saya harap penguatkuasaannya nanti…