We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

minyak masak

Seleweng minyak masak bersubdisi, campur dengan minyak sembahyang

Seleweng minyak masak bersubdisi, campur dengan minyak sembahyang

Minyak masak bersubsidi dibungkus semula dengan campuran minyak sembahyang, sebelum dijual kepada pengguna industri. Kegiatan dipercayai dilakukan sindiket yang menyeleweng barang kawalan di daerah ini sejak beberapa bulan lalu bagi mengaut keuntungan berlebihan. Aktiviti tumpas susulan serbuan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Taman Seri Murni, Sungai Dua di sini, hari ini. Seorang lelaki berusia 50-an dipercayai pemborong turut ditahan dalam serbuan kira-kira 1 tengah hari itu. Ketua Penguat kuasa KPDNHEP Pulau Pinang, A Mogan berkata, sebelum serbuan, pihaknya melakukan risikan selama lima hari selepas menerima aduan awam mengenai aktiviti terbabit. "Ketika kediaman diserbu,…
Read More
Firdaus Wong Tegur Netizen Jadikan Minyak Upacara Sembahyang Bahan Lawak

Firdaus Wong Tegur Netizen Jadikan Minyak Upacara Sembahyang Bahan Lawak

Isu harga barang naik sememangnya sesuatu yang tidak digemari oleh semua masyarakat. Namun dalam menyuarakan ketidak puashatian janganlah sampai kita sebagai umat Islam menggunakan agama lain sebagai gurauan. Terdapat keluhan dari pengguna yang terkejut harga terkini hampir mencecah RM50 bagi minyak masak botol lima kilogram (kg). Ada juga tindakan netizen bergurau berkenaan isu tersebut sehingga menyentuh sensitiviti agama. Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil menegur perbuatan mereka yang bergurau ‘berjaya’ membeli minyak masak dengan harga murah, sedangkan ia sebenarnya minyak untuk kegunaan upacara sembahyang bagi penganut bukan Islam. Dalam hantaran di laman Facebook, beliau menasihati umat Islam supaya tidak…
Read More
Pengguna borong sebelum subsidi tamat

Pengguna borong sebelum subsidi tamat

Minyak masak semakin berkurangan dan lebih ramai orang berusaha untuk menyimpan barang itu sebelum subsidi ditarik balik pada 1 Julai. Selain daripada pengguna mengosongkan rak, peruncit juga dalam keadaan terikat kerana mereka tidak dapat memenuhi permintaan. Semakan sepanjang minggu lalu mendapati minyak masak polibeg 1kg, yang sangat popular kerana harganya yang murah, hampir hilang dari rak pasar raya, kebanyakannya dibeli oleh peniaga kecil dan keluarga berpendapatan rendah. Semakan lanjut semalam, bagaimanapun, menunjukkan bahawa botol minyak masak 3kg dan 5kg pun kehabisan stok di beberapa kedai runcit. Kekurangan yang sama juga dilihat pada botol minyak masak 1kg dan 2kg. Seorang kakitangan…
Read More
“Rakyat Makin Menderita” – Kecewa Kerajaan Hapuskan Harga Siling Ayam, Minyak Masak & Telur

“Rakyat Makin Menderita” – Kecewa Kerajaan Hapuskan Harga Siling Ayam, Minyak Masak & Telur

Kerajaan hapus subsidi minyak masak, termasuk harga siling ayam dan telur. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memutuskan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini. Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga barangan itu dijangka akan meningkat dan akan ditentukan oleh pasaran. Beliau berkata, tindakan itu dibuat bagi memastikan bekalan bahan makanan dan harga dalam pasaran akan lebih stabil dalam tempoh jangka panjang. “Kami jangka harga siling ayam akan naik selepas 30 Jun ini berbanding RM8.90 sekilogram ketika ini tetapi pihak…
Read More
Minyak masak terpakai boleh tambah pendapatan

Minyak masak terpakai boleh tambah pendapatan

Jangan buang minyak masak terpakai, kerana dapat menjana banyak pendapatan, dan mungkin banyak orang tidak menyedari ini. Selain boleh di kitar semula, ia juga dapat digunakan untuk membuat lilin, pencuci, sabun serta makanan haiwan Sabun yang dibuat dengan minyak masak terpakai Mohd Rosdi Abu Bakar, seorang pekerja kilang elektronik, 48 tahun, tinggal di Butterworth, telah menjalankan perniagaan minyak masak terpakai. "Sebelum ini saya hanya lihat kawan yang buat jual minyak masak terpakai ini. Ada yang sudah 20 tahun lakukan perkara ini," "Saya cuba tetapi separuh masa sahaja. Pada hari Ahad, saya akan ambil minyak masak terpakai ini dari pelanggan dan…
Read More
ms Malay
X