We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

KJ

Sijil bertukar warna putih sekiranya tidak lengkap booster bagi penerima vaksin Sinovac , Mac ini.

Sijil bertukar warna putih sekiranya tidak lengkap booster bagi penerima vaksin Sinovac , Mac ini.

Mana-mana individu yang menerima dos lengkap vaksin Sinovac, berumur 18 tahun keatas perlu mengambil suntikan dos penggalak selewat-lewatnya dalam bulan ini ,bagi mengekalkan status lengkap vaksinasi mereka. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya gagal berbuat demikian, status vaksin di aplikasi MySejahtera akan berubah dari kuning kepada putih sekiranya bermula 1 Mac 2022. vaksin booster “Perlu mengambil suntikan dos penggalak, kalau tidak sijil vaksinasi kuning akan jadi putih, anda akan dianggap tidak divaksinasi penuh lagi dan sekatan di pintu masuk di premis tertentu” Sebanyak 3.5 juta penerima vaksin Sinovac masih belum menerima dos penggalak. Malah, beliau juga menggalakkan mana-mana jenis vaksin…
Read More
Ellie Suriaty akhirnya suntik vaksin atas sebab KJ ambil, pada Oktober lalu?

Ellie Suriaty akhirnya suntik vaksin atas sebab KJ ambil, pada Oktober lalu?

Sebelum ini pelakon Ellie Suriaty Omar terpalit dengan kontroversi apabila anaknya Azrell Omar Azri Iskandar dan Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar ada membuat laporan polis kerana mahu menolak suntikan vaksin. Laporan itu dibuat sambil ditemani oleh pelakon tersebut di Balai Polis Melawati pada Ogos lalu. Hak individu untuk menolak vaksin - Ellie Suriaty Pendirian dua beradik ini disokong oleh Ellie sendiri apabila Kosmo! melaporkan bahawa Ellie menyatakan itu adalah hak individu bagi menolak vaksin eksperimen COVID-19 ke atas pelajar yang berumur antara 12 - 17 tahun. Ellie pada masa itu juga ada menegaskan bahawa di bukanlah menolak atau anti…
Read More
Larangan merokok di tempat makan masih lagi berkuatkuasa dan akan ditingkatkan.

Larangan merokok di tempat makan masih lagi berkuatkuasa dan akan ditingkatkan.

Larangan merokok di kawasan tempat makan telah dilaksanakan sejak tahun 2019 masih lagi diteruskan sehingga kini. Baru-baru ini Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa akan menigkatkan lagi penguatkuasaan larangan merokok bagi memastikan masyarakat patuh terhadap arahan berkenaan. Beliau mengatakan melalui ciapan twitter peribadi miliknya bahawa ini merupakan satu inisiatif dan dasar yang bagus dari kerajaan sebelumnya dan ianya perlu diteruskan. Khairy membuat kenyataan tersebut bagi menjawab soalan daripada seorang pengguna twitter yang menayakan soalan mengenai status larangan tersebut. Dalam tweet yang sama, Khairy menyatakan bahawa akan kekal memerhatikan pelaku dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pesalah sambil memantau pematuhan Prosedur Standard…
Read More
Ahli politik Malaysia paling ‘HOT’ 2021

Ahli politik Malaysia paling ‘HOT’ 2021

Kacak, cantik dan bergaya! Hari ini kami akan senaraikan 8 ahli politik paling 'HOT' di Malaysia tahun 2021. Jom cuci mata! Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan ahli Parlimen Muar dan merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Selepas digugurkan keahlian sebagai ahli BERSATU, Syed Saddiq telah menubuhkan sebuah parti untuk golongan muda iaitu Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada 17 September 2020. Syed Saddiq dikenali sebagai pendebat yang baik dan beliau merupakan juara Debat Asia dan pemegang Rekod Dunia dalam sejarah Kejohanan Debat Universiti Dunia. Kini, beliau bergiat cergas dalam menyuarakan pendapat rakyat terutama sekali…
Read More
AKAUN TWITTER INGATKAN CHECK-OUT MYSEJAHTERA

AKAUN TWITTER INGATKAN CHECK-OUT MYSEJAHTERA

Aplikasi MySejahtera kini mempunyai fungsi "check in" bagi pengguna yang ingin pergi ke lokasi di luar rumah mereka seperti di pasaraya, restoran, gerai, tempat rekreasi dan sebagainya. Fungsi "check in" ini merupakan kemas kini baharu versi MySejahtera seperti mana yang telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Baru-baru ini, tular tentang berita mengenai saman sebanyak RM1,500 bagi mereka yang gagal "check out" semasa keluar daripada premis atau tempat yang dikunjungi. Walaupun berita tersebut palsu dan telah dinafikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), masih penting bagi sesorang pengguna MySejahtera untuk mengklik butang "check out" ketika mereka keluar dari…
Read More
“SYABAS,TERIMA KASIH KJ” APLIKASI MY SEJAHTERA AKAN DITAMBAH BAIK

“SYABAS,TERIMA KASIH KJ” APLIKASI MY SEJAHTERA AKAN DITAMBAH BAIK

Berita baik buat semua pengguna aplikasi My Sejahtera kerana aplikasi ini akan ditambah baik dengan penambahan status vaksinasi dan risiko seseorang bermula semalam. Wow, finally! Khabar gembira ini dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Khairi Jamaluddin (KJ) di laman Twitternya. Tambahan itu, Mneteri Kesihatan itu berkata, satu butang daftar keluar akan turut ditambah ke dalam aplikasi MySejahtera sebagai langkah menjejaki kontak rapat. Senangnya lepasni. Yang menariknya, pengguna hanya perlu menekan butang aplikasi tersebut tanpa perlu mengimbas sebelum keluar dari sesebuah premis. Tinjauan di Twitter, rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Khairy Jamaluddin. Salah seorang pengguna Twitter berkata "Yay!!…
Read More
ASTRAZENECA: PENERIMA VAKSIN DILINDUNGI INSURANS

ASTRAZENECA: PENERIMA VAKSIN DILINDUNGI INSURANS

KUALA LUMPUR: Individu yang bakal menerima suntikan vaksin AstraZeneca mulai esok, dilindungi insurans, sekiranya mengalami sebarang kesan sampingan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata hal itu kerana pemberian suntikan pelalian AstraZeneca ialah sebahagian daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Katanya, sebanyak 268,800 dos vaksin keluaran United Kingdom (UK) itu turut diberikan secara percuma kepada penduduk di Malaysia, termasuk warga asing yang menetap di negara ini. "Ya, vaksinasi menggunakan AZ (AstraZeneca) dilindungi menerusi Dana Kecederaan Vaksin COVID-19. "Meskipun AZ ditawarkan secara pengambilan sukarela, keseluruhannya ia masih sebahagian daripada PICK. "Ia juga (diberikan secara) percuma kepada penduduk memandangkan ia sebahagian…
Read More
MALAYSIA BAKAL TERIMA 32 JUTA DOS VAKSIN

MALAYSIA BAKAL TERIMA 32 JUTA DOS VAKSIN

32 juta dos vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech akan diterima Malaysia, jumlah untuk separuh penduduk negara, iaitu dua dos setiap individu. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata penghantaran semua 32 juta dos vaksin COVID-19 itu akan dibuat pada tahun ini. Beliau menegaskan, pemerolehan itu akan dimuktamad selepas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menandatangani perjanjian dengan syarikat itu, minggu ini. "Menteri Kesihatan, selepas rundingan dengan Pfizer, akan menandatangani tambah bekalan. Pfizer akan membekalkan 32 juta dos atau 50 peratus daripada populasi atau penduduk di negara kita. "Asalnya jumlah vaksin yang akan dibekalkan sebanyak 20 peratus, kemudian untuk 39…
Read More
ms Malay
X