
49 Tahun Berada Di Malaysia, KFC Kembalikan Semula Perasaan Cinta
Bukan sekadar ayam goreng, KFC sentiasa dekat di hati kita semua. Mana tidaknya, tiap kali sambutan hari jadi, ulang tahun, perayaan dan juga peristiwa harian biasa, KFC mesti jadi pilihan serta banyak memori dekat KFC. Kita semua membesar menggemari ayam sedap hingga menjilat yang terkenal di dunia dan tidak pernah berhenti menyukainya. Ini bukanlah perkara luar biasa memandangkan KFC sudah berada di Malaysia selama 49 tahun. Tidak mengira muda atau tua, dari seluruh komuniti dan apa jua status, perkongsian cinta kita terhadap KFC mengeratkan hubungan silaturrahim dan membantu mencipta saat-saat manis bersama. Memberi anda lebih sebab untuk mencetuskan kembali rasa…