
GRAB DAN JKJAV BEKERJASAMA MEMUDAHKAN PENERIMA VAKSIN KE LOKASI PPV UNTUK VAKSIN ASTRAZENECA
Seperti yang sedia maklum, program suntikan sukarela AstraZeneca bermula hari ini, dan untuk mengurangkan kesesakan kenderaan di lokasi-lokasi Pusat Pengagihan Vaksin (PPV), Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah bekerjasama dengan syarikat seru-pandu Grab untuk memudahkan orang ramai untuk hadir ke lokasi-lokasi ini tanpa memandu sendiri. Empat lokasi PPV suntikan vaksin AstraZeneca termasuklah Universiti Malaya, Putra World Trade Centre, Shah Alam Ideal Convention Centre dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, atau tidak mahu memandu untuk ke lokasi-lokasi ini, Grab telah menyediakan lokasi drop-off khas di lokasi-lokasi PPV ini bermula hari ini. Anda hanya perlu menggunakan…