
Pengguna jalan raya panik, kereta terbakar mengundur di Genting
Sejak semalam, tular satu video di laman sosial TikTok memaparkan kejadian sebuah kereta Hyundai Elantra terbakar dan menggelongsor turun kira-kira 100 meter dalam keadaan api sedang marak. Kejadian tersebut berlaku di Genting Highlands, Pahang. Melalui video yang dimuat naik pengguna TikTok yang dikenali sebagai Kasman, dikatakan kereta tersebut terbakar kerana air di dalam kereta terlalu panas. https://www.tiktok.com/@kas_man88_tks/video/7095613119426350362?referer_url=https%3A%2F%2Fmalaysiadateline.com%2F&referer_video_id=7095613119426350362&refer=embed Kebakaran juga dilaporkan berjaya dipadamkan namun kereta tersebut musnah hampir 80 peratus. Difahamkan ketika kejadian, kereta tersebut sempat berlanggar dengan kenderaan lain jenis Toyota Vellfire. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria dalam satu kenyataan petang…