We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

kementerian kesihatan

“Ia HFMD, Bukan Cacar Monyet” Kata Kementerian Kesihatan

“Ia HFMD, Bukan Cacar Monyet” Kata Kementerian Kesihatan

Gambar viral terbaru menunjukkan seorang kanak-kanak di Malaysia didakwa menghidap cacar monyet telah terbukti tidak betul. Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kanak-kanak berusia 3 tahun terbabit dijangkiti Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD). https://twitter.com/bernamadotcom/status/1529740646671859713?cxt=HHwWgoDStezA3boqAAAA Kanak-kanak itu telah dibawa ke klinik kesihatan kerajaan di Batu 14, Selangor, untuk pemeriksaan selepas kanak-kanak itu menunjukkan simptom seperti demam pada 13 Mei dan berlaku ruam pada 16 Mei. Keputusan ujian mengesahkan HFMD positif untuk virus Coxsackie A6 dan negatif untuk monkeypox serta virus lain yang diuji.DG Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Kanak-kanak itu kini sedang mendapatkan rawatan dan dipantau di Hospital Kuala Lumpur.…
Read More
Status MySejahtera Pelanggan Klinik Sijil Vaksinasi Palsu Di Marang Telah Disekat

Status MySejahtera Pelanggan Klinik Sijil Vaksinasi Palsu Di Marang Telah Disekat

Kementerain Kesihatan Malaysi (KKM) telah menyekat status MySejahtera milik pelanggan yang pernag berurusan dengan sebuah klinik swasta di Marang. Klinik berkenaan telah disyaki menjual sijil vaksinasi yang palsu. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa memaklumkan bahawa sekatan itu dibuat selepas semakan ke atas 1,900 dokumen di klinik berkenaan. 1,223 dokumen dari jumlah itu telah dihantar kepada pihak vendor untuk dikemas kini status MySejahtera individu yang terlibat. Tambah beliau, hasil siasatan mendapati bahawa 1,223 individu yang mendapat perkhidmat di klinik berkenaan tidak pernah menerima suntikan vaksin sebenarnya. Buat masa ini, seramai 23 pelanggan klinik swasta berkenaan telah mengaku tidak mengambil…
Read More
TIPS DAN CARA MENGGUNAKAN KIT  UJIAN KENDIRI COVID-19

TIPS DAN CARA MENGGUNAKAN KIT UJIAN KENDIRI COVID-19

Trend penularan Covid-19 kelihatan seperti belum reda di negara kita. Kes harian yang cecah lebih 15k ini sedikit sebanyak memberi kesan yang buruk terhadap sistem kesihatan negara. Oleh itu, bagi mengekang wabak ini, Kementerian Kesihatan telah meluluskan kit ujian kendiri Covid-19 yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Usaha ini dapat membantu kurangkan beban para barisan hadapan. Orang ramai telah pun didapati menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 tersebut bagi mengetahui keputusannya dalam masa yang singkat. Seorang pengguna twitter yang juga merupakan seorang doktor telah berkongsi tips kepada orang ramai apa yang perlu dibuat sebelum melakukan ujian kendiri di rumah. “Jangan mengunyah…
Read More
PENERIMA SUNTIKAN “PICAGARI KOSONG” AKAN DIPANGGIL UNTUK SUNTIK SEMULA

PENERIMA SUNTIKAN “PICAGARI KOSONG” AKAN DIPANGGIL UNTUK SUNTIK SEMULA

Kuala Lumpur: baru-baru ini telah tular isu suntikan "vaksin kosong" dimana pemenerima dicucuk tapi picagari tidak ditekan. Kementerian Kesihatan menjelaskan, mana-mana individu yang terbukti diberikan suntikan vaksin 'picagari kosong' akan menerima suntikan dos baharu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pihaknya akan memanggil individu berkenaan untuk menerima suntikan semula. Antara kes dilaporkan termasuk kejadian pada Sabtu lalu di PPV pandu lalu Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah, dan dua lagi dakwaan mengenai suntikan picagari kosong iaitu PPV Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), yang didakwa berlaku pada Sabtu lalu, menyebabkan orang awam terbabit sudah membuat laporan polis.…
Read More
KELULUSAN VAKSIN COVID-19 DITAPIS KETAT OLEH KKM- ADHAM BABA

KELULUSAN VAKSIN COVID-19 DITAPIS KETAT OLEH KKM- ADHAM BABA

Gambar Ehsan - Bernama Kerajaan akan terus memastikan setiap vaksin COVID-19 yang sudah mendapat kelulusan bersyarat daripada Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA), adalah selamat untuk diberi kepada penduduk di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pihaknya tetap dengan pendirian bahawa setiap vaksin yang dibawa masuk perlu melalui tapisan yang ketat oleh bahagian itu. Beliau berkata, ia bagi memastikan jaminan keselamatan terhadap penerima vaksin COVID-19. "Setakat ini pemberian kelulusan bersyarat ini sangat meyakinkan dan boleh teruskan dengan pemberian vaksin yang mendapat kelulusan bersyarat daripada NPRA," katanya pada sidang media mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Minggu lalu, Kementerian…
Read More
ms Malay
X