
Tanggung Kerugian Besar Akibat Banjir Tidak Patahkan Semangat Peniaga
Pasangan suami isteri di Hulu Langat tidak patah semangat untuk teruskan perniagaan mereka walaupun sudah menanggung kerugian besar akibat banjir. Perniagaan Zaini Mohd Noor, 54, dan suami, Mohd Yusof Mohd Hasan, 63 terpaksa menanggung kerugian RM150,000 akibat banjir di Taman Seri Nanding. Pasangan tersebut antara ribuan peniaga yang terpaksa berputih mata akibat banjir yang melanda kawasan terbabit. Menurut Zaini, dia yang sudah memulakan perniagaan sejak 15 tahun lalu di kampung tersebut mendakwa banjir tahun ini menyebabkan dia kerugian besar dan memerlukan tempoh masa panjang untuk memulakan semula perniagaan. Tambah beliau, banjir tahun ini tidak dapat dijangkakan berbanding tahun-tahun lalu yang…