
“Ia HFMD, Bukan Cacar Monyet” Kata Kementerian Kesihatan
Gambar viral terbaru menunjukkan seorang kanak-kanak di Malaysia didakwa menghidap cacar monyet telah terbukti tidak betul. Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kanak-kanak berusia 3 tahun terbabit dijangkiti Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD). https://twitter.com/bernamadotcom/status/1529740646671859713?cxt=HHwWgoDStezA3boqAAAA Kanak-kanak itu telah dibawa ke klinik kesihatan kerajaan di Batu 14, Selangor, untuk pemeriksaan selepas kanak-kanak itu menunjukkan simptom seperti demam pada 13 Mei dan berlaku ruam pada 16 Mei. Keputusan ujian mengesahkan HFMD positif untuk virus Coxsackie A6 dan negatif untuk monkeypox serta virus lain yang diuji.DG Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Kanak-kanak itu kini sedang mendapatkan rawatan dan dipantau di Hospital Kuala Lumpur.…