We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Datuk Johari Abdul Ghani

Johari Abdul Ghani menang di Titiwangsa

Johari Abdul Ghani menang di Titiwangsa

KUALA LUMPUR, 20 November - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa (P.119) dengan majoriti 4,632 undi. Beliau yang berjaya meraih jumlah undi sebanyak 25,042 bertekad untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen seperti yang dijanjikan kepada pengundi. Datuk Seri Johari memenangi kerusi parlimen itu buat penggal kedua selepas PRU13.  "Kita nak lihat masalah tertunggak di sini, isu berbangkit di Flat Sg Baru, Datuk Keramat. Ini antara isu yang saya bawa untuk kerajaan melihat semula demi kesejahteraan rakyat khususnya penduduk dalam Parlimen Titiwangsa," kata Johari  selepas Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said mengumumkan…
Read More
DATUK JO MENYERAHKAN BANTUAN COVID19 SIRI KE-4

DATUK JO MENYERAHKAN BANTUAN COVID19 SIRI KE-4

Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyampaikan Bantuan Covid19 Siri Ke-4 sempena Hari Raya Aidilfitri telah tiba di sekitar Parlimen Titiwangsa. Ianya meliputi: 1. Kawasan Flat Sri Perlis 1 2. Kawasan Flat Sri Perlis 2. 3. Kawasan Pangsamurni Titiwangsa Bantuan ini merupakan kesinambungan dari Siri Pertama, Kedua dan Ketiga. Memahami situasi wabak yg masih kita hadapi sehingga hari ini, saya akan usaha menyerahkan bantuan kecil Hari Raya Aidilfitri kepada masyarakat Parlimen Titiwangsa sedaya yg boleh. sumber Facebook Datuk Jo Alhamdulillah, penyerahan bantuan bagi Parlimen Titiwangsa hari ini berjalan dengan lancar.
Read More
DATUK JOHARI GHANI AGIH SUMBANGAN KEPADA GERAKAN BELIA 4B

DATUK JOHARI GHANI AGIH SUMBANGAN KEPADA GERAKAN BELIA 4B

Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyumbangkan bantuan RM10,000 kepada Gerakan Belia 4B kawasan Titiwangsa. Tahniah kepada pemenang E-Games: Urban Battle Mobile Legend - Rise of Titiwangsa. Pertandingan E-Games ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 80 orang peserta di sekitar zon Pandan. Turut menyumbangkan RM10,000 kepada Gerakan Belia 4B kawasan Titiwangsa supaya mereka dapat anjurkan lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti lain di kawasan Parlimen Titiwangsa. Terima kasih Dato Jo  Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com.
Read More
USAHA MURNI DATUK SERI JOHARI ABDUL GHANI

USAHA MURNI DATUK SERI JOHARI ABDUL GHANI

Usaha murni Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk membantu masyarakat di Titiwangsa mendapat pujian dari pelbagai pihak. Kenyataan beliau di Facebook mengenai Yayasan Bena Nusa. "Ini merupakan sebahagian usaha-usaha saya di Parlimen Titiwangsa melalui Yayasan Bena Nusa selama 3 tahun, bermula selepas PRU14 - 2018 sehingga 2021 (kini). "Semoga lebih banyak usaha bagi membangun masyarakat dapat saya lakukan dari semasa ke semasa. "Walaupun saya tidak lagi menjadi wakil rakyat di Parlimen Titiwangsa tetapi atas semangat dan minat yang mendalam bagi membantu masyarakat, khidmat bakti ini tetap saya usahakan bagi masyarakat setempat disini. "Terima kasih juga kepada sukarelawan Yayasan Bena Nusa…
Read More
ms Malay
X