
Gadis kemurungan nafi nak bunuh diri, cuma mahu cari ketenangan
Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video seorang remaja perempuan berdiri di tingkat lima sebuah pasaraya di Seksyen 7, Shah Alam. Video berkenaan telah menjadi perdebatan ramai dan menyangkakan remaja terbabit mahu terjun dan mencuba untuk membunuh diri. Walau bagaimapun, gadis berkenaan dikatakan telah diselamatkan oleh pengawal keselamatan serta anggota bomba dan penyelamat yang berada di situ. Namun begitu, menerusi laporan dari Harian Metro, gadis berusia 19 tahun itu memaklumkan berada di sana hanya mahu mencari ketenangan sahaja dan menafikan ada niat mahu membunuh diri seperti yang disangka. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal…