
”Dah nak tidur, saya dapat notification”… gambar dari Malaysia mendapat perhatian pengikut Instagram Apple
Bakat rakyat Malaysia sering menjadi tatapan dunia dan kali ini sebuah gambar yang ditangkap oleh orang tempatan meraih perhatian di Instagram milik Apple. Foto yang dihasilkan oleh seorang pereka grafik dan jurufoto perkahwinan yang dikongsi di laman Instagram teknologi terkemuka, Apple mendapat tatapan sebanyak 26.5 juta pengikutnya semalam. Beliau yang bernama Badrul Akram Badaruddin atau lebih disapa sebagai Badrul berkata dia tidak menjangka bahawa hasil karyanya menjadi pilihan syarikat teknologi itu dan ia anggap sebagai rezeki buatnya. “Ia merupakan gambar anak sulung saya yang dirakam sekitar dua bulan lalu. Ketika itu, kami sekeluarga nak balik ke rumah mak saya. Ketika…