We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Bersatu

‘Hadi salah catur bila bawa PAS pilih BERSATU’

‘Hadi salah catur bila bawa PAS pilih BERSATU’

PETALING JAYA: Seorang bekas pemimpin kanan PAS, menyifatkan presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang sepatutnya menjalinkan kerjasama dengan UMNO, bukan BERSATU yang disifatkan sebagai 'parti kecil' dan hanya bergantung kekuatan orang lain. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali, berkata strategi PAS meletakkan kerjasama dengan BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu kesilapan. "Strategi yang digunakan sekarang ini ialah meletakkan BERSATU sebagai tonggak untuk dibuat muafakat, sedangkan yang sepatutnya dengan UMNO. "Saya yakin sekiranya Presiden PAS mempertahankan hubungan dengan UMNO, BERSATU pasti menurut kerana ia parti kecil dan bergantung kepada PAS.…
Read More
PRN Johor: PAS Johor Nafi Tolak Tawaran Kerusi UMNO

PRN Johor: PAS Johor Nafi Tolak Tawaran Kerusi UMNO

PAS menafikan dakwaan bahawa parti itu menolak tawaran kerusi dari UMNO kerana lebih tertarik dengan tawaran dari Bersatu. Parti Bersatu yang dikatakan menawarkan lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya akan datang nanti. Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin memaklumkan bahawa tiada rundingan dan perbincangan dibuat dengan UMNO Johor setakat ini. Rundingan itu berhubung pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang. “Sebagai rakan dalam Muafakat Nasional (MN), PAS Johor sentiasa berlapang dada dan terbuka untuk terus komited dengan usaha memperkukuh permuafakatan ini. Beliau juga berharap apa juga isu berbangkit dapat berbincangkan…
Read More
KES SAMAN ANGKARA FACEBOOK PM SELESAI

KES SAMAN ANGKARA FACEBOOK PM SELESAI

Kes saman fitnah yang melibatkan Perdana Menteri YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Anina Saadudin selesai pada 6 September 2021 semalam. Saman fitnah itu dibuat berikut Anina yang membuat 13 buah posting di Facebooknya pada 5 Mac 2021 dan memfitnah serta menuduh Ismail Sabri sebagai tidak kompeten. Di dalam posting Facebook itu, Anina menyatakan yang Ismail Sabri culas dalam tanggungjawabnya sebagai Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) dan Menteri Pertahanan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ismail Sabri telah memperoleh perintuh injuksi sementara bagi memaksa Anina memadamkan semua posting Facebooknya yang mempunyai kenyataan…
Read More
TUN MAHATHIR SEDIA MENYOKONG ANWAR IBRAHIM

TUN MAHATHIR SEDIA MENYOKONG ANWAR IBRAHIM

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedia menyokog Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin. Dr Mahathir ingin mengotakan janjinya untuk memberi kuasa kepada Anwar Ibrahim semasa Pakatan Harapan (PH) masih berkuasa dalam Parlimen dahulu. Walau bagaimanapun, Dr Mahathir masih ragu-ragu jika Ahli Parlimen akan menyokong Anwar Ibrahim untuk berjumpa dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setakat yang dilaporkan semalam, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob mendapat sokongan daripada 115 Ahli Parlimen. Manakala Anwar Ibrahim yang juga merupakan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai 105…
Read More
MENTERI DARI UMNO TERUS KEKAL -PM

MENTERI DARI UMNO TERUS KEKAL -PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua menteri dari UMNO akan terus kekal berada dalam Kabinet hasil kesepakatan yang dicapai. Beliau berkata dengan kesepakatan itu, Kabinet akan berfungsi seperti biasa dan segala inisiatif kerajaan akan terus dilaksanakan seperti yang dirancang. "Saya menasihati mereka supaya terus kekal berada di dalam kabinet. Ini mengambil kira kepentingan rakyat dan negara. "Alhamdulillah, atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan dicapai bahawa semua Menteri UMNO akan terus kekal berada di dalam Kabinet," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ada desas-desus yang mengatakan impak PAU 2020 yang tamat minggu lalu, menjadi isu hangat di dalam kem Bersatu menuju…
Read More
PAU HANYA MEMBAHASKAN KUASA – SUHAIMI YAHAYA

PAU HANYA MEMBAHASKAN KUASA – SUHAIMI YAHAYA

Berang dengan Persidangan Agung UMNO (PAU) yang hanya berminat membincangkan kuasa, Pengerusi Bahagian Perhubungan Bersatu Wilayah Persekutuan Datuk Muhammad Suhaimi Yahya tampil dengan kenyataan bahawa UMNO bukan lagi tempat orang Melayu bergantung harapan. Menurut beliau lagi, sepanjang PAU berlangsung, perwakilan dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO seakan tidak henti-henti membahas dan membincangkan isu mempertahankan kuasa, kedudukan pemimpin UMNO di dalam GLC, jawatan-jawatan utama negara dan lain-lain isu yang seangkatan dengannya. "Paling menyedihkan dan malang, tiada seorang pun perwakilan dan ahli MKT yang berucap mengenai pendekatan parti tertua dan terbesar itu untuk membantu rakyat marhaen yang terkesan sepanjang tempoh pandemik Covid-19."…
Read More
EKSKLUSIF: UMNO – PPBM ‘BERTEMPUR’ DI RAZAKMAS

EKSKLUSIF: UMNO – PPBM ‘BERTEMPUR’ DI RAZAKMAS

Razakmas : Kisah Dua Dunia Seramai 395 pemilik perumahan awam Sri Labuan harini menarik nafas lega apabila berlangsungnya sesi penyerahan kunci rumah baru mereka Residensi Razakmas 2, Kuala Lumpur. Sesi penyerahan kunci disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia pagi tadi sambil di saksikan oleh YB Tan Sri Annuar Musa, Menteri Wilayah dan Datuk Rizalman, Timbalan Pengerusi MPP Zon Bandar Tun Razak. Namun begitu, disebalik acara yang gilang gemilang itu, masih ada 'mulut-mulut' yang tidak berpuas hati dengan program serahan kunci itu tadi. Dikhabarkan, Datuk Rizalman membuat gerakan dan membuat keputusan secara diam-diam, berpakat dengan Menteri Wilayah…
Read More
NETIZEN TEGUR BERSATU CAMERON, BAWA ANAK KE MESYUARAT BAHAGIAN

NETIZEN TEGUR BERSATU CAMERON, BAWA ANAK KE MESYUARAT BAHAGIAN

Dalam mana-mana mesyuarat Bahagian atau Cawangan parti politik, sudah menjadi kebiasaan buat penganjur mesyuarat meletakkan beberapa peraturan umum yang wajar diikuti untuk memastikan perjalanan mesyuarat lancar. Namun lain ceritanya ketika seorang warga netizen menghadiri Mesyuarat Bahagian Cameron Highlands yang dipengerusikan Ketua Bahagian Bersatu Dr. Abdul Rasid Bin Mohamed Ali. Ketika mesyuarat itu berlangsung, pihak penganjur seakan tidak menghalang kehadiran anak kecil yang ada di lokasi mesyuarat terbabit. Menurut netizen yang enggan dinamakan itu, "ibubapa tidak sepatutnya membawa anak kecil yang belum mengerti apa-apa ke mesyuarat politik yang boleh mengundang anasir tidak baik dan huru-hara." "Tempat mereka bukan di situ, andainya…
Read More
‘MUAFAKAT POLITIK’ PERLU DITERUS SELEPAS PRU-15

‘MUAFAKAT POLITIK’ PERLU DITERUS SELEPAS PRU-15

PAS mahu melihat 'muafakat politik' yang termeterai di bawah Perikatan Nasional (PN), antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan UMNO diteruskan sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), demi masa depan negara. Justeru, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati pemimpin ketiga-tiga parti itu untuk terus mendukung kerajaan sedia ada. "Saya yakin muafakat politik ini bukan sahaja untuk parti tetapi untuk masa depan negara dan seluruhnya. Sebarang keputusan politik membabitkan masa depan negara, jadi bagi PAS, kita lihat ketiga-tiga parti perlu teruskan muafakat bukan sahaja sampai Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi sampai selepas PRU nanti." "Apabila…
Read More
PAS TOLAK SEBARANG USAHA PENJAJARAN BAHARU DENGAN PH

PAS TOLAK SEBARANG USAHA PENJAJARAN BAHARU DENGAN PH

KUALA LUMPUR: Pas tidak berminat dalam sebarang bentuk dan usaha ke arah 'penjajaran baharu' melibatkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) atau sekutunya. Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan bahawa, Pas juga menolak sebarang usaha daripada mana-mana pihak yang boleh merungkai perpaduan ummah yang telah sedia terjalin. Takiyuddin menegaskan, Pas komited untuk terus memantapkan hubungan dan kerjasama dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) demi kelangsungan pemerintahan negara yang diterima majoriti rakyat. "Pas amat yakin segala perbezaan, pertikaian serta salah faham yang wujud dapat diselesaikan dan diharmonikan oleh pimpinan parti-parti atas dasar ukhuwah dan kekeluargaan demi agenda kepentingan negara…
Read More
ms Malay
X