We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Barisan Nasional

Johari Abdul Ghani menang di Titiwangsa

Johari Abdul Ghani menang di Titiwangsa

KUALA LUMPUR, 20 November - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa (P.119) dengan majoriti 4,632 undi. Beliau yang berjaya meraih jumlah undi sebanyak 25,042 bertekad untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen seperti yang dijanjikan kepada pengundi. Datuk Seri Johari memenangi kerusi parlimen itu buat penggal kedua selepas PRU13.  "Kita nak lihat masalah tertunggak di sini, isu berbangkit di Flat Sg Baru, Datuk Keramat. Ini antara isu yang saya bawa untuk kerajaan melihat semula demi kesejahteraan rakyat khususnya penduduk dalam Parlimen Titiwangsa," kata Johari  selepas Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said mengumumkan…
Read More
PRN Melaka Mula ‘Perang’- Calon Dari 4 Penjuru

PRN Melaka Mula ‘Perang’- Calon Dari 4 Penjuru

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menyaksikan pertandingan lebih tiga penjuru di kebanyakan Kerusi Dewan Undangan (DUN). Gara-gara Covid-19, 'perang' pilihan raya tidak dapat disaksikan lebih setahun lalu sejak PRN Sabah. PRN Melaka pada kali ini, parti-parti yang bertanding mula mempamerkan kekuatan masing-masing untuk menjadi pilihan rakyat nanti. Apa yang menarik PRN Melaki kali ini ialah parti Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) menunjukkan keberanian apabila menghantar calon muda untuk dipertandingkan. SSumber: Google Empat parti yang telah mengesahkan akan bertanding di PRN Melaka setakat semalam ialah BN, PH, PN dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra). Suruhanjaya…
Read More
BN dikompaun RM10,000, Syed Saddiq persoal sikap ‘double standard’ pihak berkuasa

BN dikompaun RM10,000, Syed Saddiq persoal sikap ‘double standard’ pihak berkuasa

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan keputusan pihak berkuasa hanya mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada Barisan Nasional (BN) susulan penganjuran majlis pelancaran jentera bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di ibu negara malam tadi. “Berkumpul beramai-ramai dan buat majlis perlancaran jentera PRN Melaka, kena denda RM10,000. “Peserta perhimpunan cecah ribuan orang. Tak ada social distancing, tak semak MySejahtera, tak jaga face mask, tak ada usaha nak jaga negara dari Covid. “Pihak berkuasa boleh sahaja nak batalkan perhimpunan. Tapi majlis sempat buat sampai habis. Siap ada live lagi,” katanya. Beliau juga turut mengkritik keadilan pihak berkuasa yang sewajarnya ditunjukkan…
Read More
ms Malay
X