
COVID-19: Satu juta telah daftar terima vaksin di MySejahtera
Seramai satu juta individu telah mendaftar untuk mengambil vaksin COVID-19 di Malaysia, kata Khairy. - Malaymail pic KUALA LUMPUR: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata seramai 1 juta individu telah mendaftar sebagai penerima vaksin. Ia sejak pendaftaran vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi tiga hari lalu melalui aplikasi MySejahtera pada 24 Februari. Dalam ciapan di akaun Twitter miliknya pada awal pagi Jumaat, Khairy berkata lebih ramai petugas barisan hadapan akan menerima suntikan vaksin tersebut. "Ia selamat, ia efektif. Ayuh tamatkan pandemik ini. "Ambil vaksin. Daftar hari ini,” katanya. https://twitter.com/Khairykj/status/1365098415290425344 Justeru, beliau…