We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Berita terkini

99,616 RAKYAT MALAYSIA TELAH TERIMA VAKSIN COVID-19

99,616 RAKYAT MALAYSIA TELAH TERIMA VAKSIN COVID-19

Jumlah penerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Malaysia kini menghampiri 100,000 orang, setakat semalam. Jumlah itu berjaya dicapai hanya dalam tempoh sembilan hari sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan pada 24 Februari lalu, apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin berkenaan. Malaysia kini berada dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, yang menyasarkan untuk memvaksin kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan, antara hujung Februari hinga April depan. Fasa 2 imunisasi, yang bakal membabitkan vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac, dijadualkan bermula April hingga Ogos depan, untuk kira-kira 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke…
Read More
SUHU PANAS MELAMPAU PUNCA KEJANG HABA

SUHU PANAS MELAMPAU PUNCA KEJANG HABA

KUALA LUMPUR: Pendedahan kepada matahari pada suhu melebihi 32 darjah Celsius secara berterusan untuk jangkamasa panjang boleh menyebabkan seseorang diserang keletihan dan kekejangan haba. Pensyarah Perubatan dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat, berkata pada ketika ini suhu di ibu negara mencecah hingga 35 darjah Celius. Infografik Ehsan Bernama Pendedahan berterusan kepada matahari pada waktu ini terutamanya pada waktu tengahari dan petang disamping kekurangan hidrasi boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada seseorang. 'Bagi mengelakkannya, pastikan kerap minum air kosong atau mineral sekurang-kurangnya lapan ke 10 gelas setiap hari.…
Read More
PARTI POLITIK TIDAK BOLEH FAIL SAMAN FITNAH KEPADA INDIVIDU

PARTI POLITIK TIDAK BOLEH FAIL SAMAN FITNAH KEPADA INDIVIDU

Gambar Hiasan Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan parti politik tidak boleh memfailkan saman fitnah terhadap individu. Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf yang mengetuai panel itu, berkata mahkamah telah menjawab 'secara negatif' persoalan undang-undang yang dikemukakan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng untuk membatalkan saman yang difailkan terhadapnya oleh MCA Isu perundangan itu ialah sama ada parti politik mempunyai kapasiti untuk meneruskan saman fitnah berdasarkan keputusan kes Goldsmith lwn Bhoyrul (1998), undang-undang kes Inggeris yang memperuntukkan bahawa parti politik tidak boleh memfailkan saman fitnah. Pada Julai 2017, Setiausaha Agung MCA ketika itu, Ong Ka Chuan, telah…
Read More
KERAJAAN TUNGGU KEPUTUSAN ARAB SAUDI UNTUK JEMAAH HAJI

KERAJAAN TUNGGU KEPUTUSAN ARAB SAUDI UNTUK JEMAAH HAJI

Keputusan sama ada Malaysia akan menghantar jemaah haji tahun ini bergantung kepada kelulusan kerajaan Arab Saudi.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata bukan hanya rakyat Malaysia, malah umat Islam seluruh dunia turut menantikan keputusan Saudi berhubung perkara itu. 'Kita sedang berunding dan juga menantikan keputusan daripada pihak Arab Saudi, mereka kini perlu memikirkan masalah COVID-19 dan kebarangkalian yang tinggi mengenai vaksin'. 'Kalau dilihat kenyataan mengenai perkara itu sudah ada (syaratnya) tetapi sebagai sebuah kerajaan kita mahu terima satu keputusan rasmi sekiranya ada syarat untuk kita patuhi'. 'Bagi pihak kita (untuk mematuhi…
Read More
CGI DIKECAM, KEMUNCULAN PARK SHIN HYE PENGUBAT RINDU PEMINAT

CGI DIKECAM, KEMUNCULAN PARK SHIN HYE PENGUBAT RINDU PEMINAT

PARK SHIN HYE, aktor korea yang terus dikenali sehingga kini. Sumber gambar daripada https://filmdaily.co/news/park-shin-hye/ Sejak 17 Februari lalu, kemunculan semula pelakon dari negara korea, Park Shin Hye yang ditunggu-tunggu oleh peminat fanatik di seluruh Malaysia dan seantero dunia telah membawa perkhabaran berita gembira kepada mereka. Baru-baru ini, drama bersiri lakonan bintang popular dari Korea Selatan itu terus mendapat tumpuan utama penonton secara atas talian dalam Netflix Series! Sisyphus : The Myth iaitu sebuah naskhah adaptasi daripada kisah mitos Greek yang mengisahkan seorang raja yang angkuh bernama Sisyphus yang mengelakkan diri daripada kematian sebanyak dua kali. Pelakon hebat dan popular ini…
Read More
PEMANDU TRELER LANGGAR PERANCAH BESI SUKE POSITIF DADAH

PEMANDU TRELER LANGGAR PERANCAH BESI SUKE POSITIF DADAH

KUALA LUMPUR: Pemandu treler yang membawa muatan berlebihan dan melanggar perancah besi pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak, di sini, semalam, didapati positif dadah. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata pemandu treler yang berusia 40 tahun didapati positif dadah jenis methamphetamine selepas ujian saringan air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daerah Dang Wangi berikutan kejadian itu. Beliau berkata, insiden tersebut telah menyebabkan kecederaan yang serius kepada pemandu van tersebut, Muhd Fairus Mohd Yusof, 47, patah tulang bahu kiri, bengkak pada paru-paru dan mengalami pendarahan dalaman.…
Read More
KECOH PANGGIL CIKGU KALAU TAK MENYAHUT, GELAGAT SI CILIK UNDANG ‘GERAM’

KECOH PANGGIL CIKGU KALAU TAK MENYAHUT, GELAGAT SI CILIK UNDANG ‘GERAM’

Pelbagai ragam murid dapat dilihat pada sesi persekolahan baharu 2021 yang bermula beberapa hari yang lalu. Seorang kanak-kanak yang tular di laman sosial TikTok memaparkan gelagat lucu apabila si cilik itu begitu bersemangat memanggil cikgunya ketika rakan-rakan yang lain sedang sibuk fokus menyiapkan tugasan. SUMBER : https://vt.tiktok.com/ZSJ8YHW6M/ Gara-gara cikgu tidak menyahut panggilannya, si cilik itu terus datang ke meja dan menunjukkan hasil kerja yang telah disiapkannya. Terhibur dengan gelagat pelajar itu, cikgunya sempat berseloroh berkenaan perangai si cilik itu seperti sudah biasa ke sekolah meskipun baru hari pertama pembelajaran bermula. Menjengah ke ruangan komen, gelagat murid itu mencuit hati kalangan…
Read More
2 MAUT, 3 TERSELAMAT DALAM NAHAS RUNTUHAN BESI

2 MAUT, 3 TERSELAMAT DALAM NAHAS RUNTUHAN BESI

Nahas runtuhan jejambat pembinaan telah menggemparkan dan tular di setiap ruangan-ruangan media sosial di seluruh negara kelmarin. Lokasi kejadian adalah di sekitar projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE) telah menimpa van pekerja yang dinaiki oleh mereka berdekatan dari arah Pandan Indah menghala ke Shah Alam ketika melalui laluan Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) sekitar jam 5:58 petang semalam. Difahamkan, dua wanita pekerja kilang yang maut merupakan warga tempatan yang bekerja di kilang berhampiran. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, semua mangsa merupakan rakyat tempatan yang dilaporkan dalam perjalanan ke tempat…
Read More
FENOMENA HUJAN BATU DI CHERAS CEMASKAN NETIZEN

FENOMENA HUJAN BATU DI CHERAS CEMASKAN NETIZEN

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap tahun pasti ada video yang viral berkenaan dengan hujan batu yang sering berlaku di negara kita. Untuk maklumat , hujan batu merupakan pepejal yang terhasil disebabkan awan ribut petir. Arus angin yang kuat akan membawa titisan air ke lapisan atmosfera, kadar titisan air tersebut cukup tinggi untuk membeku maka terhasillah hujan batu. Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter milik @redzuanNewsPB apabila hujan batu telah turun di Cheras, Kuala Lumpur petang semalam. SUMBER : Twitter @redzuanNewsPB Dalam rakaman tersebut, kejadian itu berlaku pada petang semalam dan sempat dirakamkan oleh individu…
Read More
DITUDUH CIPLAK BAD GENIUS, ANCHOR SPM BERI PENJELASAN

DITUDUH CIPLAK BAD GENIUS, ANCHOR SPM BERI PENJELASAN

Ehsan gambar daripada https://www.myinfotaip.com/2021/02/projek-anchor-spm.html Kuala Lumpur, 3 Mac 2021 - Pembikinan drama Projek : Anchor SPM yang merupakan hasil nukilan daripada penulis skrip, Anwari Ashraf membuat penafian mengenai isu penciplakan idea daripada filem luar negara iaitu Bad Genius yang tular baru-baru ini. Menurut beliau lagi, drama baharu ini bakal menampilkan konsep dan genre yang berbeza daripada drama-drama yang sebelumnya. Drama premium Astro Originals ini diinspirasikan daripada penipuan yang dirahsiakan di Malaysia. Drama ini dijangkakan mula ditayangkan pada 15 Mac 2021, hari Isnin, 9:00 malam di Astro Citra saluran 108 HD atau 128 SD. Penonton juga boleh menonton secara strim di…
Read More
ms Malay
X