We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Kisah Viral

KONGSI VIDEO FRONTLINER TAKUT KENA CUCUK, SUARA GADIS MENANGIS PULA YANG JADI TUMPUAN

Bila di hospital, situasi yang mana orang takut menerima suntikan atau jarum ambil darah adalah perkara biasa yang dapat dilihat. Tahap reaksinya pula berbeza-beza, ada yang hanya menunjukkan mimik muka menahan rasa tidak selesa dan ada juga yang buat teruk hingga menjerit atau menangis. Ketakutan mahu pun rasa fobia itu hanya mereka sahaja yang tahu mengapa ia terjadi. Namun mahu ataupun tidak, prosedur perubatan ini perlu dilakukan demi kesihatan pesakit. Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video dimana seorang frontliner takut dicucuk di sosial media tiktok. SUMBER : BH ONLINE Dalam rakaman itu kelihatan seorang lelaki sedang duduk dan bersedia…
Read More
TAK SERIK 5 KALI MASUK LOKAP, PERNAH JUGA PANJAT SIGNBOARD “IPOH” – PAEH

TAK SERIK 5 KALI MASUK LOKAP, PERNAH JUGA PANJAT SIGNBOARD “IPOH” – PAEH

KISAH VIRAL : Istilah "gayat" sememangnya tidak wujud dalam kamus hidup seorang pemuda ini, Paeh yang sangat meminati sukan yang sangat sinonim dengan ketinggian. Pada tahun 2016, pemuda yang dikenali sebagai Muhammad Faiz Roslee, 28, pernah menjadi tular dan mengejutkan setiap orang di serata dunia di mana sebuah video yang memaparkan dia sedang ligat memanjat papan tanda "Ipoh" di Perak tanpa rasa takut sedikitpun. Faiz atau lebih mesra disapa sebagai Paeh, minatnya terhadap aktiviti sukan parkour yang merbahaya ini hampir sudah 12 tahun lamanya dan telah menjadi perbualan hangat dek kerana video-video ekstrem yang dihasilkan olehnya. Baru-baru ini, Paeh sekali…
Read More

FOTO SEKSI SHARIFAH SAKINAH DITEGUR PU SYED, HARAP TAK HANYUT UJIAN HIDUP

Sumber daripada : MSTAR Kerana memuat naik foto seksi sehingga mencetuskan kecaman para netizen, pelakon Sharifah Sakinah ditegur oleh Pencetus Ummah (PU) Syed yang meminta supaya pelakon wanita itu menjaga adab ketika berpakaian. PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Al Yahya menerusi surat terbuka di laman instagram menasihatkan pelakon 'Aku Yang Kau Gelar Isteri' itu agar tidak mempengaruhi pengikut laman sosial untuk berpakaian demikian. Dalam surat terbuka itu tertulis "Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut di Instagram manakala di media sosial yang lain saya tak tahu dan tidak ingin ambil tahu. "Saya ingin menegur perbuatan puan,…
Read More

ANAK PELAKON POPULAR DIKECAM KERANA FOTO SEKSI

SUMBER : MSTAR Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona, 19, sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila dia memuat naik sekeping foto yang menjolok mata. Sebagai seorang bapa, Azhar, 50 turut sama dikritik oleh para 'netizen' kerana dianggap tidak pandai mendidik anaknya menjadi seorang muslimah yang baik. Kata Azhar Sulaiman, "Jadi hari ini Leona kena kecam lagi termasuklah Mami juga kena hentam sebab tak pandai didik Leona untuk jadi Islamik. "You ada anak?" katanya. SUMBER : FACEBOOK @AZHAR SULAIMAN Leona dikecam lagi apabila memuat naik satu gambar di laman sosialnya baru-baru ini yang kelihatan terlalu seksi lebih-lebih lagi…
Read More
KERETA BERTEMBUNG VAN, DUA BERADIK YATIM PIATU SEKELIP MATA

KERETA BERTEMBUNG VAN, DUA BERADIK YATIM PIATU SEKELIP MATA

Dua beradik menjadi yatim piatu sekelip mata setelah ibu bapa mereka maut dalam nahas jalan raya di Jalan Saujana Impian, Kajang semalam. Menurut laporan Bernama, mangsa yang maut dalam nahas itu dikenali sebagai Remyzan Baharudin, 42 dan isteri Suzyla Ahmad Dahlan, 40. Anak mangsa dikenali sebagai Raiha Syuhaida Remyzan, 13, manakala adiknya Ra'if Adam Remyzan berusia tujuh tahun yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan sedang dirawat di Hospital Kajang. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 4.05 petang sebelum bergegas ke lokasi. "Kejadian berlaku sewaktu mangsa yang menaiki kereta…
Read More
UBAH SUAI JENAMA KENDERAAN SATU KESALAHAN

UBAH SUAI JENAMA KENDERAAN SATU KESALAHAN

Jika hari ini ramai yang risaukan Ops Khas Kesalahan Bunyi Bising, wujud satu lagi kerisauan yang perlu diberi perhatian, lebih-lebih lagi dengan kenyataan Pengarah Jabatan Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk IR. HJ. Mohamad Dalib yang menyatakan pengubahsuaian jenama kenderaan seperti logo atau lambang pengeluar serta modelnya, melanggar undang-undang sedia ada. Ini bermaksud, semua kenderaan yang melalui proses conversion daripada kenderaan Perodua Myvi misalanya ke Toyota Passo, Proton Inspira ke Mitsubishi Lancer, pengubahsuaian Proton Wira ke Mitsubishi Evo, dari X70 ke Geely Boyue (kalau ada) dan macam-macam lagi, jika berlaku penukaran logo sekalipun ianya adalah satu kesalahan tuan-tuan dan…
Read More
[VIDEO] “YE DOK AWOK NI?”, WAJAH JEJAKA TAMPAN TERENGGANU DIPERSOAL PENGAWAS MUET

[VIDEO] “YE DOK AWOK NI?”, WAJAH JEJAKA TAMPAN TERENGGANU DIPERSOAL PENGAWAS MUET

Sering kali kita lihat wajah seseorang tidak sama dengan gambar yang dipamerkan pada kad pengenalan mereka. Kebiasaannya, muka seseorang itu akan lebih matang mengikut faktor umur. Dialami oleh ramai orang, pelajar ini juga tidak terkecuali apabila isu kad pengenalannya dipersoalkan. Menerusi perkongsiannya di TikTok, Hasif menceritakan pengalamannya ketika menduduki peperiksaan MUET. Semasa di dewan peperiksaan, jejaka itu didatangi oleh seorang pengawas peperiksaan kerana ingin memeriksa pengenalan dirinya. SUMBER : INSTAGRAM @HASIFCHOY Dia pernah menjalani beberapa peperiksaan besar yang lain, Hasif telah meletakkan kad pengenalannya di atas bucu meja. Kerana telah menginjak dewasa serta berubah rupa, pengawas peperiksaan hampir tidak percaya…
Read More
“TRAGEDI 4 SEKAWAN TERHIDU GAS BERACUN”, RAKAN HADIAHKAN YASIN SEMPENA ULANGTAHUN KE-22

“TRAGEDI 4 SEKAWAN TERHIDU GAS BERACUN”, RAKAN HADIAHKAN YASIN SEMPENA ULANGTAHUN KE-22

Pada September tahun lalu, negara kita telah dikejutkan dengan satu tragedi yang meruntun hati rakyat Malaysia apabila empat sekawan telah terhidu gas karbon monoksida dalam sebuah kereta di sebuah stesen minyak di Semagagah, Pulau Pinang. Lebih meruntun jiwa apabila tiga orang daripada mereka telah terkorban dalam kejadian itu manakala seorang lagi kritikal namun berjaya dirawat. SUMBER : mstar Sudah hampir 6 bulan kejadian pahit itu berlaku. Semalam merupakan tarikh ulang tahun kelahiran ke-22 bagi salah seorang yang terlibat iaitu Allahyarhamah Ayuni Shazwanie Shabri. Sebagai tanda mengingati gadis tersebut, rakan baiknya telah bersetuju untuk menziarahi pusaranya di Sungai Petani, Kedah. SUMBER…
Read More

[VIDEO] “SOAL RUPA MUNGKIN KALAH..SOAL MINAT MUNGKIN BOLEH DICOBA”, GADIS SPM SELAMBA PECUT 4×4 MANUAL

SUMBER : TikTok @ehcenah._ Seorang remaja berusia 18 tahun ini sangat gemar memandu kereta pacuan empat roda manual. Menerusi videonya yang tular di TikTok, Hanis mengakui paras rupanya mungkin tidak setanding wanita cantik di luar sana. Namun uniknya apabila dia begitu santai mengendalikan kereta jenis tersebut. Hanis akui memandu kereta manual sangat menyeronokkan selain memberi 1001 kepuasan kepada dirinya. Selain itu, dia juga mempunyai minat dalam dunia permotoran, sekali gus sempat berkongsi video memaparkan kelibatnya memecut laju dalam seragam sekolah. SUMBER : TikTok @ehcenah._ Rata-rata netizen memberikan respon positif selain mengakui kagum melihat keberanian Hanis memandu 4x4 tersebut. Tidak kurang…
Read More
VIRAL : SHOOT DI BENDANG ‘JE’ TAPI RASA MACAM KAT JEJU!

VIRAL : SHOOT DI BENDANG ‘JE’ TAPI RASA MACAM KAT JEJU!

Kuala Lumpur : Tular di Aplikasi TikTok, seorang pengguna yang melakukan sesi photoshoot dengan tema "Korean Picnic" di sebuah kawasan sawah di Alor Setar, Kedah. Penangan "Korean Wave" yang melanda serata dunia telah mengubah gaya hidup, fesyen dan personaliti setiap insan dalam kehidupan mereka. Tidak disangkal lagi, negara Malaysia juga terkena tempias daripada fenomena ini dengan tularnya sebuah video yang memaparkan beberapa sedutan seakan-akan babak dalam drama Korea "K-Drama". Minat Asyila Firzan, 29, mendorongnya dan memberikan inspirasi dalam membikin kandungan kreatif dalam videonya baru-baru ini. Hasil daripada fotografi itu telah mencuri perhatian orang ramai yang tidak menyangka kawasan yang terpencil…
Read More
ms Malay
X