We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Berita terkini

8 iPhone ‘hacks’ yang mesti anda tak tahu

8 iPhone ‘hacks’ yang mesti anda tak tahu

Daripada mengecas bateri dengan lebih pantas kepada mengambil foto bebas tangan (hands-free photo), rahsia iPhone hacks ini akan menjadi helah baharu anda. Anda boleh mengelak daripada mengklik balik dan kembali apabila jauh ke dalam aplikasi dengan menekan lama butang belakang. https://twitter.com/i/status/1525462660623388673 2. Anda boleh berinteraksi dengan volume dialog yang muncul apabila anda menukar volume. 3. Anda boleh memunculkan bar alat buat undo/redo/copy/paste dengan mengetik sekali dengan tiga jari. https://twitter.com/i/status/1525462763895631872 4. Anda boleh menggerakkan kursor edit anda dengan menahan ruang dan menyeret kursor ke sekeliling. 5. Anda boleh menetapkan kira detik dengan cepat dengan menekan lama pada ikon pemasa di pusat…
Read More
Jangan sembunyi kes buli di sekolah

Jangan sembunyi kes buli di sekolah

KUALA LUMPUR: Sembunyi kes buli di sekolah semata-mata untuk menjaga nama dan reputasi hanya akan menyebabkan masalah itu berterusan dan tidak akan menemui penghujungnya. Menurut Timbalan Dekan Siswazah, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (UKM), Prof Rozmi Ismail, bukan sahaja isu buli malah pihak sekolah perlu lebih terbuka untuk berkongsi segala masalah. Terutama berkaitan disiplin pelajar supaya pihak luar boleh membantu menanganinya. Beliau menceritakan pengalamannya sendiri, menjalankan kajian berkaitan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah. Di mana data yang diperoleh di sekolah tidak sepadan dengan rekod di Kementerian Pendidikan. “Memang ada sekolah yang tutup pelajar mereka yang terlibat hingga apabila kita…
Read More
Usaha angkat bahasa Melayu ke persada antarabangsa- Awang Sariyan

Usaha angkat bahasa Melayu ke persada antarabangsa- Awang Sariyan

KUALA LUMPUR: Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu bermatlamat menyediakan input bagi membantu kerajaan menyediakan satu gerak kerja dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada masa sama, penganjuran acara ini sebagai tanda sokongan dan menyambut gagasan penting dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mencadangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN. Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan, berkata melalui input yang dibentangkan hampir 70 sarjana tempatan, ASEAN dan antarabangsa itu, ia diharap dapat membantu kerajaan mengambil tindakan susulan bagi menjadikan hasrat Perdana Menteri itu satu realiti. "Saya…
Read More
Akhirnya siap selepas 15 tahun

Akhirnya siap selepas 15 tahun

KUALA LUMPUR: Bukan sedikit cabaran dihadapi dalam merealisasikan projek pembikinan filem yang mengangkat kisah perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau, sejak kali pertama diumumkan pada 2007. Berdepan pelbagai cabaran dan halangan sebaik penggambaran peringkat awal filem biografi epik itu bermula pada 2014 sebelum terhenti hingga bertukar pengarah, Mat Kilau di bawah garapan Syamsul Yusof, akhirnya menemui penonton di pawagam tempatan mulai 23 Jun depan. Mengimbas kembali, penerbit filem Mat Kilau, Studio Kembara mendapatkan khidmat Syamsul yang menggarap semula jalan cerita asal dan memulakan penggambaran pada 2017. Teruja berkongsi perkembangan terkini membabitkan filem garapannya, Syamsul menghebahkan butiran mengenai tayangan Mat Kilau di…
Read More
YLPG akan peroleh RM37.27 juta daripada penyenaraian

YLPG akan peroleh RM37.27 juta daripada penyenaraian

KUALA LUMPUR: Yew Lee Pacific Group Berhad (YLPG) pengeluar perindustrian serta alat ganti industri mesin dan perkakasan tukar beli, dijangka mengumpul RM37.27 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) dikeluarkan hari ini. YLPG yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad, dijangka menerbitkan IPO melibatkan 133.10 juta saham baharu yang akan diterbitkan pada RM0.28 sen sesaham. Tawaran untuk menjual 26.62 juta saham sedia ada melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih. Pengarah Urusan YLPG, Ang Lee Leong, berkata pelancaran prospektus itu merupakan peristiwa penting bagi YLPG kerana ia menandakan hasil kerja keras sejak 2004. “Sebagai pengeluar industri yang mantap, kami…
Read More
Kuartet renang negara kejutkan Singapura

Kuartet renang negara kejutkan Singapura

HANOI: Kuartet renang negara melakar kejutan apabila menewaskan Singapura dan memecahkan rekod kebangsaan untuk merangkul pingat perak pada Sukan SEA Hanoi, hari ini. Welson Sim, Lim Yin Chuen, Arvin Shaun Singh dan Khiew Hoe Yean menamatkan acara 4x200 meter gaya bebas berganti-ganti lelaki di tempat kedua dengan rekod kebangsaan baharu, tujuh minit dan 19.750 saat (s). Rekod kebangsaan sebelum ini adalah 7:26.74s yang dicatat oleh Welson, Lim Ching Hwang, Kevin Yeap dan Vernon Lee pada temasya Sukan Komanwel 2014 di Glasgow. Emas menjadi milik kuartet perenang tuan rumah - Nguyen Huu Kim Son, Nguyen Huy Hoang, Hoang Quy Phuoc dan…
Read More
Berpada-pada kongsi kisah hidup

Berpada-pada kongsi kisah hidup

Namun, sebagai seorang selebriti, elok juga 'berpada-pada' berkongsi untuk pengetahuan umum agar tidak menimbulkan syak wasangka dan fitnah. Mengapa dikatakan demikian? Ini kerana pendedahan yang dibuat berhubung status pengacara baharu, Myra Natasya anak tunggal pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman pada April lalu mengejutkan sekali gus membawa banyak pengajaran. Siapa sangka, Halim yang pernah berkecimpung dalam kerjaya seni itu dianggap 'bujang terlajak' oleh peminatnya kerana tidak bertemu jodoh. Namun realitinya Halim berjaya menyimpul dengan kemas ‘rahsia’ kewujudan anaknya termasuk rahsia perkahwinan selama 27 tahun sebelum terbongkar. Tidak dinafikan hak setiap orang untuk menyimpan atau menyorokkan hidupan peribadi mereka terutama…
Read More
Satu lagi insiden kebocoran data besar-besaran, kali ini melibatkan maklumat peribadi semua rakyat Malaysia

Satu lagi insiden kebocoran data besar-besaran, kali ini melibatkan maklumat peribadi semua rakyat Malaysia

Tahun lepas, terdapat insiden kebocoran data besar-besaran oleh JPN yang melibatkan hampir 4 juta rakyat Malaysia. Baru-baru ini, kejadian itu kelihatan berulang lagi dengan seorang penjual pangkalan data mendakwa memiliki set data milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mempunyai seluruh penduduk negara kelahiran tahun 1940 hingga 2004. Menurut Amanz, pangkalan data itu kini disenaraikan dalam talian dengan harga yang diminta sebanyak USD10,000 (≈RM43,885). Tawaran itu mula-mula dinyatakan di web gelap, tetapi semakan kami menunjukkan bahawa terdapat penyenaraian lain di forum pasaran pangkalan data yang terkenal yang lebih mudah diakses. Sementara itu, penjual mendakwa bahawa set data 160GB mempunyai 22.5 juta…
Read More
Bomba kenal pasti kawasan titik panas berisiko kebakaran

Bomba kenal pasti kawasan titik panas berisiko kebakaran

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenal pasti beberapa kawasan titik panas yang berisiko berlaku kebakaran pada musim panas dan kering. Ia dijangka berlaku sehingga September ini. Ketua Pengarah JBPM Mohammad Hamdan Wahid berkata pihaknya sudah bersiap siaga, dengan memulakan pemantauan di kawasan yang dikenal pasti selain persiapan dari segi keanggotaan dan aset-aset diperlukan. Antara kawasan yang dikenal pasti adalah seperti di Banting, Sepang dan Johan Setia di Selangor, di Miri dan bahagian pertengahan Sarawak selain selatan Sabah. “Kita telah memobilisasikan aset dan keanggotaan berasaskan maklumat yang diterima,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan Pesta…
Read More
Harga produk berasaskan gandum bakal meningkat

Harga produk berasaskan gandum bakal meningkat

KUALA LUMPUR: Tindakan India menyekat eksport gandum ke pasaran global termasuk Malaysia dijangka meningkatkan harga produk berasaskan bahan mentah itu, selain bakal menyumbang kepada kenaikan kadar inflasi dunia. Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata langkah yang dilaksanakan bagi melindungi kepentingan pasaran domestik India itu juga dilihat menambah tekanan ke atas rantaian bekalan gandum global yang terjejas akibat krisis Russia-Ukraine. "Ini akan menyebabkan barangan tempatan berasaskan gandum akan menjadi lebih mahal, sekali gus boleh menyumbang kepada kenaikan kadar inflasi. "Situasi ini dijangka akan berterusan beberapa bulan lagi kerana bukan mudah meningkatkan kembali bekalan…
Read More
ms Malay
X