We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

AKAUN TWITTER INGATKAN CHECK-OUT MYSEJAHTERA

Aplikasi MySejahtera kini mempunyai fungsi “check in” bagi pengguna yang ingin pergi ke lokasi di luar rumah mereka seperti di pasaraya, restoran, gerai, tempat rekreasi dan sebagainya.

Fungsi “check in” ini merupakan kemas kini baharu versi MySejahtera seperti mana yang telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Baru-baru ini, tular tentang berita mengenai saman sebanyak RM1,500 bagi mereka yang gagal “check out” semasa keluar daripada premis atau tempat yang dikunjungi.

Walaupun berita tersebut palsu dan telah dinafikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), masih penting bagi sesorang pengguna MySejahtera untuk mengklik butang “check out” ketika mereka keluar dari suatu tempat.

Hal ini adalah untuk memastikan ketepatan keberadaan seseorang itu, lebih-lebih lagi sekiranya mereka merupakan pesakit positif Covid-19, kontak kasual, atau kontak rapat.

Beberapa pengguna Twitter telah membuat inisiatif untuk mencipta akaun yang mengingatkan para pengguna untuk sentiasa mengingatkan orang ramai untuk “check out” di MySejahtera.

Akaun twitter @c_mysejahtera, Check-Out your MySejahtera akan mengingatkan para pengguna untuk “check out” dengan mesej-mesej yang mencuit hati.

Ikuti atau follow akaun ini dan jangan lupa untuk sentiasa semak akaun MySejahtera anda.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Aliya Arisyah

Mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malayâ–¼
X