Berita baik buat semua pengguna aplikasi My Sejahtera kerana aplikasi ini akan ditambah baik dengan penambahan status vaksinasi dan risiko seseorang bermula semalam. Wow, finally!
Khabar gembira ini dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Khairi Jamaluddin (KJ) di laman Twitternya.

Tambahan itu, Mneteri Kesihatan itu berkata, satu butang daftar keluar akan turut ditambah ke dalam aplikasi MySejahtera sebagai langkah menjejaki kontak rapat. Senangnya lepasni.
Yang menariknya, pengguna hanya perlu menekan butang aplikasi tersebut tanpa perlu mengimbas sebelum keluar dari sesebuah premis.
Tinjauan di Twitter, rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Khairy Jamaluddin.
Salah seorang pengguna Twitter berkata “Yay!! Improvement! Good job!”.
Tahniah dan syabas! jasa yang bermakna buat rakyat Malaysia. Semoga dipermudahkan untuk kita semua. Apa-apa pun tetap patuh pada SOP ye.
Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com