Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedia menyokog Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin.
Dr Mahathir ingin mengotakan janjinya untuk memberi kuasa kepada Anwar Ibrahim semasa Pakatan Harapan (PH) masih berkuasa dalam Parlimen dahulu.
Walau bagaimanapun, Dr Mahathir masih ragu-ragu jika Ahli Parlimen akan menyokong Anwar Ibrahim untuk berjumpa dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Setakat yang dilaporkan semalam, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob mendapat sokongan daripada 115 Ahli Parlimen.
Manakala Anwar Ibrahim yang juga merupakan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai 105 Ahli Parlimen yang menyokongnya termasuk Syed Saddiq.
Dr Mahathir juga menjelaskan bahawa apa yang berlaku dulu ialah beliau telah kehilangan sokongan daripada partinya sendiri iaitu parti Bersatu.
Menurutnya, beliau mengusulkan parti Bersatu untuk terus kekal dalam PH namun usulnya itu tidak mendapat sokongan.
Pemimpin yang tidak mendapat sokongan akan terpaksa dilucutkan jawatan dan itulah yang terjadi kepada Dr Mahathir ulasnya lagi.
Jawatannya sebagai Perdana Menteri ketujuh telah digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kini, Malaysia masih menanti-nantikan siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri kesembilan.
Sama-sama kita nantikan berita tentang sokongan daripada Ahli Parlimen yang lain dan berita dari Istana Negara.
Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com