Pada 18 Ogos 2021 semalam, Harakah Daily yang merupakan portal media dan berita atas talian rasmi bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyokong kepimpinan Taliban yang mencapai kemenangan di Afghanistan.
YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada rakyat Afghanistan yang kini berada di bawah naungan Taliban.
YB Ustaz Muhammad Khalil yang juga merupakan anak kepada Yang Berhormat Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang menyifatkan kepimpinan Taliban telah memerdekakan Afghanistan daripada penajajahan.
Penjajahan tersebut dilakukan oleh pasukan tentera Amerika Syarikat yang dulu menyerang Afghanistan berikutan Serangan 9/11 di Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (World Trade Center) di Bandaraya New York.
Adun Batu Buruk itu turut berharap agar Afghanistan dapat membangun semula untuk mencapai kemakmuran negara berlandaskan syariat-syariat Islam.
Difahamkan sebelum ini, PAS telah membuat ciapan ucapan tahniah kepada Taliban di Afghanistan menerusi akaun rasmi Twitternya.
Walaupun ciapan tersebut telah diapadam daripada laman Twitter, ucapan tahniah kepada Taliban itu masih ada di Harakah Daily.

Ikuti perkembangan terkini, isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com