We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

DSAI SAHKAN WUJUD RUNDINGAN PKR-UMNO

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kewujudan perbincangan awal diantara UMNO dan parti itu atas kapasiti tidak rasmi membincangkan hasrat kedua-dua parti itu untuk membentuk kerajaan baharu bagi menyelamatkan negara.

Menurut Ketua Pembangkang itu lagi, perbincangan kedua-dua pihak itu tampak ‘positif’ dan sebarang kerjasama bergantung kepada kesanggupan UMNO untuk menjalin kerjasama berteraskan ‘idealisme’.

“Dalam perbincangan awal, apa yang saya dapat kesan? Ia satu yang positif, sebab kita lebih faham mereka (UMNO) dan mereka lebih faham kita.”

Anwar Ibrahim tidak menamakan pemimpin UMNO yang turut serta dalam perbincangan awal itu.

Pada masa yang sama, Anwar turut memuji pimimpin utama UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Najib semasa Perdana Menteri mempunyai kewibawaan dalam pelaksanaan pelbagai program, namun kini perlu berdepan dengan isu pertuduhan beliau.”

“Zahid pula lebih kepedulian kepada masyarakat. Tetapi dalam setiap pertuduhan dia kena jawablah di mahkamah.”

Ikuti kupasan lanjut mengenai kerjsama UMNO-PKR dan lain-lain isu hangat di www.titiwangsatoday.com.

By Fadzly Hanaffi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X