We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

MOTAC Batalkan Lesen Agensi Pelancongan

Kuala Lumpur – Terkini, MOTAC telah menyatakan bahawa kes kenaikan harga tiket penerbangan umrah tidak akan ditolakansurkan. Kes kenaikan harga tiket penerbangan yang dimonopolikan oleh agensi pelancongan yang menjual semula tiket dengan harga tidak masuk akal.

Perkara ini memeningkan pelbagai pihak terutama pihak agensi pelancongan yang menyediakan pakej menunaikan umrah. Kenaikan harga pakej umrah sekurang-kurangnya RM1,000.00 setiap jemaah antara penyebabnya ialah monopoli harga tiket penerbangan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata bahawa tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan lesen agensi atau syarikat pelancongan jika modus operasi perniagaan mereka melanggar undang-undang.

Beliau juga berkata bahawa perkara ini penyumbang utama kepada kes kenaikan mendadak harga pakej umrah sejak kebelakangan ini.

“Kalau betul berlaku, kita akan ambil tindakan termasuk membatalkan lesen kalau didapati tidak mengikut undang-undang,” katanya ketika ditemu-bual semasa mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Sarawak semalam.

Ikuti perkembangan terkini dan isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Kamalia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X