Riyadh – Saudia Airlines akan menyediakan perkhidmatan baharu kepada pelancong yang membeli tiket dengan mereka.
Terbaru, Jurucakap Penerbangan Saudia iaitu Abdullah Al Shahrani telah mengeluarkan kenyataan bahawa Saudia Airlines akan menyediakan perkhidmatan baharu iaitu pelancong akan diberikan visa pelancong 96 jam secara percuma apabila membeli tiket penerbangan dengan mereka.
“Visa pelancong akan dikeluarkan tanpa bayaran kepada mereka yang membeli tiket syarikat penerbangan Saudia dengan syarat tempoh visa tidak melebihi empat hari,” Jurucakap Saudia Airlines, Abdullah Al Shahrani.
Hal ini selaras dengan Wawasan Saudi 2030, penumpang Saudia Airlines akan diberikan kemudahan visa pelancong 96 jam tanpa bayaran. Oleh itu, kerajaan Saudi sedia menaiktaraf sistem digital dan menerima kehadiran pelancong yang lebih ramai.
“Pelancong juga boleh menunaikan umrah dan bebas melancong ke tempat-tempat di Arab Saudi sepanjang tempoh tersebut,” tambah beliau.
Pembaharuan Saudia ini telah mendapat sokongan daripada beberapa institusi kerajaan seperti Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Haji dan Umrah serta Program Zufur Rehman.
Ikuti perkembangan terkini dan isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com