Kuala Lumpur – Ketidakstabilan harga perkhidmatan ibadah umrah mempengaruhi harga tawaran pakej umrah di kebanyakkan agensi pelancongan. Baru-baru ini, agensi pelacongan mengalami masalah dengan harga pakej umrah melonjak naik berpuncakan kos penginapan dan penerbangan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Ghazali bahawa situasi ini dikesan sejak Oktober tahun lalu ekoran daripada kenaikan jumlah jemaah yang mengerjakan ibadah umrah selepas Arab Saudi membenarkan penggunaan visa pelancongan untuk tujuan ibadah berkenaan.
Pada tahun lalu juga, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengumumkan bahawa tempoh visa umrah telah dilanjutkan daripada satu bulan kepada tiga bulan dan melawat ke seluruh Arab Saudi tanpa sekatan. Ini menyebabkan bilangan angka jemaah umrah bertambah.
Ikuti perkembangan terkini dan isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com