Kuala Lumpur – Jemaah Malaysia kini diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi E-Visa Umrah. Kementerian Haji dna Umrah Arab Saudi telah mengumumkan bahawa Malaysia merupakan salah sebuah negara yang wajib menyediakan data biometrik jemaah umrah termasuk cap jari. Antara negara yang tersenarai selain Malaysia ialah UK, Tunisia, Kuwait, Bangladesh.
“Jemaah perlu menggunakan aplikasi Saudi Visa Bio yang membolehkan pendaftaran secara pengesahan biometrik meliputi cap jari, wajah, mata dan salinan pasport untuk menghadiri ibadah umrah”, kata Kementerian Haji dna Umrah Arab Saudi.

Aplikasi tersebut merupakan salah satu inisiatif kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan pendaftaran biometrik menerusi peranti mudah alih, sekali gus menjadikannya antara yang terawal di dunia menerima pengesahan biometrik menerusi telefon pintar untuk pengeluaran visa.
Ikuti perkembangan terkini dan isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com