We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Umrah bersama Rehlah International sangat berbaloi

Kuala Lumpur, 29 November 2022Rehlah International Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan sebuah agensi pelancongan penyedia pakej-pakej umrah yang sangat berbaloi dan dipercayai oleh jemaah di sekitar Kuala Lumpur. Setiap tawaran pakej menyediakan perkhidmatan yang setanding dengan hotel-hotel utama di Mekah dan Madinah.

        Harga pakej yang mampu milik bermula dari RM7,290.00 dan terdapat harga promosi pada waktu-waktu tertentu sangat berbaloi. Ditambahkan pula, semua perkhidmatan setanding hotel-hotel ternama. Sekiranya jemaah mahu menempah tempat, jemaah hanya perlu membayar RM500 sahaja sebagai deposit.

        Jarak hotel ke masjid juga dekat dan jaminan hotel yang bertaraf lima bintang dilengkapi dengan pengangkutan berhawa dingin untuk memudahkan perjalanan jemaah sepanjang urusan umrah. Kebebasan memilih cara menuruskan urusan check-in hotel sebelum atau selepas tiba di lapangan terbang menjadi daya tarikan tersendiri.

        Rehlah juga menyediakan fasiliti dan cenderamata terbaik seperti luggage, slingbag, dan bagpack bersama logo supaya tidak berlaku sebarang masalah seperti tertukar bag. Untuk persiapan awal, nota panduan dan kursus umrah percuma juga diadakan sama ada atas talian mahu pun fizikal. Walau bagaimana pun, mutawif akan menjadi ketua dan tempat rujuk kepada semua jemaah semasa di tanah suci Mekah dan Madinah.

        Sepanjang urusan umrah, jemaah akan diketuai oleh mutawif yang berpengalaman. Pelbagai slot aktiviti disediakan termasuk umrah, Raudhah, ziarah dalam dan ziarah luar seperti melawat muzium, menziarah ladang tenusu unta, melawat makam Rasulullah SAW dan para sahabat, melawat ladang kurma, dan pelbagai lagi. Banyak aktiviti dan pengisian menarik dapat dilakukan dengan iringan mutawif. Sekiranya jemaah mahu melakukan aktiviti yang tiada dalam slot, pihak Rehlah akan mengatur aktiviti tersebut untuk mereka.

        Pengurusan umrah yang mesra keluarga dan kanak-kanak menggalakkan jemaah membawa ahli keluarga. Jarak dekat antara hotel dengan masjid memudahkan jemaah berkerusi roda. Segala keperluan asas seperti makan minum juga disediakan sebanyak tiga kali sehari dan bersesuaian dengan selera jemaah. Untuk langkah keselamatan, pihak agensi juga menyediakan insuran Takaful untuk setiap jemaah berserta visa pelancongan dan visa umrah.

Rehlah sangat memudahkan urusan jemaah sebelum, semasa, dan selepas urusan umrah jemaah. Sepanjang tempoh umrah, saya dapat fokus mengerjakan tanggungjawab umrah dengan tenang dan selesa. Segala perkhidmatan yang Rehlah telah sediakan sangat membantu saya dan urusan juga menjadi mudah. Apa yang lebih menarik, tiada berlaku sebarang masalah kewangan seperti pembayaran tambahan secara tiba-tiba sepanjang bersama mereka. Justeru itu, keputusan untuk mengerjakan umrah bersama Rehlah International Travel & Tours Sdn Bhd. merupakan keputusan terbaik yang telah saya lakukan.

Jemaah-jemaah umrah bersama Rehlah International Sdn. Bhd.

Ikuti perkembangan terkini dan isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Kamalia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X