We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Johari Abdul Ghani menang di Titiwangsa

KUALA LUMPUR, 20 November – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa (P.119) dengan majoriti 4,632 undi.

Beliau yang berjaya meraih jumlah undi sebanyak 25,042 bertekad untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen seperti yang dijanjikan kepada pengundi.

Datuk Seri Johari memenangi kerusi parlimen itu buat penggal kedua selepas PRU13. 

“Kita nak lihat masalah tertunggak di sini, isu berbangkit di Flat Sg Baru, Datuk Keramat. Ini antara isu yang saya bawa untuk kerajaan melihat semula demi kesejahteraan rakyat khususnya penduduk dalam Parlimen Titiwangsa,” kata Johari  selepas Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said mengumumkan keputusan bagi kerusi parlimen itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, ibu negara.

Terdahulu, Parlimen Titiwangsa menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan wakil daripada Pakatan Harapan (PH), Khalid Abdul Samad dengan jumlah undi, 20,410 manakala wakil Perikatan Nasional (PN), Dr Rosni Adam hanya meraih undi sebanyak 14,518 serta wakil Pejuang pula, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan 888 undi.

Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Titiwangsa adalah 80,747.

Ikuti perkembangan terkini dan isu-isu hangat di Titiwangsa dan serata negara dengan melayari portal www.titiwangsatoday.com

By Kamalia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X