We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Doktor ini kongsi 4 tip tangani ‘serangan’ netizen

KEWUJUDAN media sosial sememangnya memberi impak yang besar kepada kehidupan seseorang.

Dalam pada seronok berkongsi luahan, gambar percutian, momen bahagia bersama keluarga, kadang kala ia mengundang rasa kurang senang pengikut (followers) serta netizen secara umum.

Justeru terbitlah komen-komen negatif berunsur sindiran ataupun kecaman, lebih-lebih lagi sekiranya anda meletakkan akaun media sosial dalam mode ‘public’.

Boleh ‘koyak’ sekiranya tidak tahan membaca komen-komen negatif yang secara tidak langsung menggugat kestabilan emosi.

Penasihat dan Pengasas Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus berkongsi empat tip bagaimana mahu menangani ‘serangan’ di media sosial.

1. Time off.

Apabila rasa overwhelmed, ambil time off daripada media sosial, contohnya bercuti ke tempat yang tiada capaian Internet. Ketika time off, elakkan membuka mana-mana akaun media sosial.

Satu lagi cara adalah dengan meletakkan telefon bimbit kepada sleep mode bermula pukul 9 malam sehingga 7 pagi.

2. Padam dan sekat

Komen seperti ‘koyak ke tu?’ memang ada tetapi usah ambil kisah. Ingat, kesihatan mental diri lebih penting daripada apa yang orang lain fikir tentang kita.

Jika mereka tidak mengambil manfaat dengan apa yang kita kongsikan, tiada sebab dia follow.

bercuti
Ambil masa untuk berehat dan menenangkan diri buat seketika.

3. Audiens.

Pilih audiens yang betul. Tak perlu simpan pengikut (followers) dan senarai rakan yang toksik. Jangan terikut dengan teknik ‘no publicity is bad publicity’.

4. Kongsi mesej-mesej positif.

Elakkan komen atau ulas perkara yang tidak mendatangkan faedah dan bukan kepakaran kita. Tidak perlu kejar drama media sosial.

“Sentiasa ingat, your life in the real world is what matters most. Life on social media is not real and not permanent,” kongsinya lagi.

Dapatkan info terkini hanya diportal www.titiwangsatoday.com

By Atiqah Yunus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X