We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Batik rekaan Permaisuri Agong dipamer di Pameran Synthesis

KUALA LUMPUR: Lebih 40 rekaan batik yang dihasilkan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dipamerkan pada Pameran Synthesis di Galeri Prima, Balai Berita The New Straits Times Press di sini bermula hari ini hingga 18 Sept depan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Istana Negara, Raja Permaisuri Agong telah berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian pameran itu semalam.

Turut berangkat Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Menurut Istana Negara, Galeri Prima adalah galeri seni persendirian pertama mendapat perkenan Raja Permaisuri Agong untuk mempamerkan karya eksklusif baginda iaitu batik cetakan blok yang merupakan antara teknik pembuatan batik tradisional tertua di Malaysia.

Baginda turut memperkenan Galeri Prima mempamerkan 12 karya pelukis batik terbaik negara iaitu Ramli Malek di antara tahun 1943 hingga 1982 dan beberapa karya yang dipamer adalah sebahagian daripada koleksi seni persendirian Seri Paduka serta tidak pernah dipamerkan kepada umum sebelum ini.

Pameran itu turut menampilkan 42 karya seni 37 artis tempatan terkenal dan baharu seperti Datuk Chuah Thien Teng, Chuah Seow Keng, Yusof Ghani, Abdullah Jones, Fauzin Mustafa, Mastura Abdul Rahman, Zaharin Muhammad serta Raja Azhar Idris.

Dapatkan info terkini hanya diportal www.titiwangsatoday.com

By Atiqah Yunus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X