We use cookies to ensure that we give you the best experience on our portal. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.

Pilih pemimpin yang peka nasib orang Melayu – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Orang Melayu perlu memilih golongan pemimpin yang tidak terdiri daripada mereka yang hanya memandang kekayaan dan kuasa.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemimpin perlu datang daripada golongan yang mengambil berat nasib orang Melayu dan berani mewujudkan dasar-dasar yang memperkayakan serta membantu orang Melayu.

“Ada orang politik yang baik, tak curi duit, tak didakwa di mahkamah. Penjenayah seperti ini kita boleh tolak.

“Kita harap di masa depan kerajaan dapat ditukar dan terdiri daripada mereka yang tidak dihukum sebagai penjenayah oleh mahkamah.

“Penjenayah sekarang tidak macam dahulu, pakai neck tie, masuk Dewan Rakyat ajar kerajaan macam mana nak memerintah. Fikirkanlah apa hasil kalau kerajaan terima nasihat daripada penyamun.

“Kena sedar, jangan sebab bosan dengan politik, kita tidak keluar mengundi sebab yang keluar nanti adalah mereka yang terima sogokan daripada parti penyangak. Mereka keluar sebab dapat duit dan yang menang ialah penyangak.

“Yang tidak mengundi tak dapat apa-apa, mereka yang disogok dengan wang akan pilih penjenayah sebagai pemimpin,” katanya ketika berucap pada sesi Negarawan Bersama Warga Kampung Baru semalam.

Bekas perdana menteri itu berkata, jika pemimpin tidak berintegriti terus diberi peluang, proses memulihkan negara akan menjadi sukar kerana golongan itu akan menggunakan kuasa dan jentera kerajaan untuk terus menindas rakyat.

Tambah Dr Mahathir, beliau bersimpati dengan situasi penduduk Kampung Sungai Baru yang berdepan rancangan pembangunan, namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai kuasa.

Isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru bermula sejak 2016 lagi.

Baru-baru ini, penduduk di situ menerima notis mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) yang memaksa mereka beredar dari tanah itu.

Dalam pada itu, Dr Mahathir menegaskan perkongsian adil haruslah mempunyai pertimbangan sama rata, tetapi tidak bermakna ia membenarkan monopoli sesebuah kaum sahaja.

“Kita rela kongsi negara kita ini dengan kaum lain, tetapi perkongsian kena adil, menimbang hak masing-masing.

“Perkongsian tidak bermakna satu kaum dapat segala-galanya, manakala kaum lain tidak dapat apa-apa.

“Kita tidak salahkan mereka yang dapat banyak peluang tetapi kita dapati peluang yang diwujudkan itu tidak dapat dinikmati orang Melayu, membuatkan mereka jadi semakin miskin.

“Antara yang kita ada ialah tanah, tidak besar, satu ekar, dua ekar atau setengah ekar, biasanya itu sahaja harta.

“Tetapi kerana kita miskin, kita terpaksa jual. Kena ingat, kalau kita jual sehingga luasnya kawasan yang bukan dimiliki kita, kemiskinan kita tidak dapat diatasi, jadi sebab itu pemilikan tanah jadi isu yang perlu diberi perhatian,” ujarnya lagi.

Dapatkan info terkini hanya diportal www.titiwangsatoday.com

By Atiqah Yunus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

ms Malay
X